VIRAL: Orang Melayu Islam Gila-Gilakan Sijil Halal

Sembang-sembang je

Minggu ini, TehTarik dapat tahu lagi satu status Facebook telah menjadi viral di kalangan masyarakat Melayu Islam kita. Status ini menegur tentang tabiat orang Melayu Islam asyik meminta sijil halal bagi kebanyakan gerai yang dikunjungi. (Kata orang, kalau tak ada sijil halal tak boleh jamin dan makan. Betul tak betul?) Statusnya telah dikongsi lebih 2,200 kali dan mendapat hampir 3,000 ‘likes’.

Pengguna Facebook ini menujukan beberapa soalan pedas seperti: Kitab atau hadis mana yang menyatakan sijil halal itu wajib sebelum makanan disahkan halal? Kalau beli teh dari kedai bawah blok, anda minta sijil halal juga ke? Setiap hari mungkin ada penjual makanan halal yang masukkan duit ke bank dan duit itu pula dikeluarkan apabila kita gunakan ATM. Mana sijil jaminan bagi duit yang disimpan dalam dompet? Kenapa duit itu tidak dipastikan halal terlebih dahulu?

Bayangkan anda nampak sebuah restoran yang sudah terang dimiliki oleh orang Islam. Restoran itu pula mempunyai nama Melayu dan mengambil pekerja-pekerja beragama Islam. Masih perlukan sijil halal atau tidak?

Berikut adalah petikan skrin status itu:

 

Dia berpendapat bahawa masyarakat kita keterlaluan dan obses dengan mencari sijil halal. Tiada sijil halal tidak bermakna sesuatu itu tidak boleh dimakan. Dia juga mengecam mereka yang viralkan restoran-restoran Melayu tanpa sijil halal. (Yelah, tu kan periuk nasi orang. Viral pun buat orang kutuk dan lagi was-was jer..)

Ramai yang rasa sebulu dengannya dan tambah-tambah pendapat mereka juga:

Ada juga yang mengingatkan orang ramai tentang sebenarnya betapa mudahnya agama Islam…

Memilih makanan halal bukan sesuatu yang patut dirumitkan. Jadi, untuk panduan semua, kami selidik maklumat berikut dari lelaman MUIS:

Apa itu ‘halal’? – ‘Halal’ adalah perkataan bahasa Arab yang bermakna sah dan dibenarkan. Sebarang makanan atau minuman yang termasuk dalam kategori halal ini selamat untuk diambil. Kebanyakan makanan dan minuman dianggap Halal, melainkan ia tertera dengan terang di dalam Quran dan Hadis sebagai sesuatu yang dilarang atau tidak halal.

Ini peta visual yang tersedia untuk memilih makanan dan minuman halal:

TehTarik percaya bahawa mereka yang mencari sijil halal apabila mengunjung gerai-gerai baru sebenarnya berniat baik. Tetapi akhirnya, ini semua pilihan masing-masing. Kalau yakin, teruskan. Kalau was-was, jangan beli. Habis cerita.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments