VIRAL: Orang Kita Masih Berdepan Dengan Stereotaip Melayu?

Hal Ehwal Teh-Kini

Status Facebook penulis tempatan, Alfian Sa’at, telah menjadi viral dengan lebih 3,000 ‘likes’, 1,000 ‘shares’ dan 140 komen. Kenapa? Sebab dia telah menggambarkan cabaran dan apa yang dilalui seorang individu Melayu di Singapura.

 

Ini petikan dari akaun Facebook penulis itu:

Dalam statusnya, dia bercerita tentang pengalaman seorang Melayu bersama pemandu teksi. Pemandu itu silap memanggil namanya dengan menggunakan nama bapanya. Apabila pemandu itu mengetahui dia seorang Melayu, dia ditanya pula jika dia berasal dari Malaysia. Apabila pemandu itu mengetahui yang dia seorang penulis, pemandu itu terus sangkakan dia penulis bahasa Melayu dan bekerja untuk saluran Suria walaupun penulis ini telah jelaskan bahawa dia menulis dalam bahasa Inggeris. Akhir sekali, pemandu itu luahkan pula bahawa rupa penulis ini bukan seperti rupa ‘Melayu biasa’ dan menyangka mungkin dia ada darah Cina pula.

Status ini dengan cara tidak sengaja mengundang komen daripada ramai netizen berbilang bangsa untuk berbual tentang isu keharmonian kaum di Singapura.

Berikut adalah beberapa komen dari Facebook post itu:

 

Setiap hari adalah satu perjuangan…

 

Mereka yang kurang memahami orang Melayu sebab tidak pernah ada rakan berlainan bangsa…

 

Orang Melayu ambil dadah ke?

 

Ada orang berbangsa bukan Melayu juga yang meminta maaf bagi pihak masyarakat mereka yang kurang memahami. (TehTarik salute lah orang macam ni!)

Status ini memulakan satu perbincangan menarik daripada semua bangsa. Semua ada hak untuk berikan pendirian masing-masing. Memang betul, masih ada yang kurang faham dan berfikiran stereotaip tentang bangsa-bangsa lain. Namun, kita ada tanggungjawab untuk mengongsi maklumat agar semua faham budaya dan tatasusila kita… Walaupun agak susah dan lama keterangan itu bertapak buat semua bangsa. Yang penting kita teruskan … Dongibap!

TehTarik sarankan, jika ada status yang viral sebegini, dan jika kita ingin masuk bercincang, lakukanlah dengan khemah yang tinggi.

Kerana inilah peluang orang lain melihat kesantunan kita.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments