VIRAL: Kisah Pemandu Uber Murah Hati

Sembang-sembang je

Seringkali post yang viral di Facebook adalah tentang aduan atau pendapat seseorang yang tidak berpuas hati tetapi kali ini, kita kongsi kisah viral seorang pemandu kereta Uber. Post itu dikongsi lebih 1,300 kali dan mempunyai lebih daripada 5,000 ‘likes’.

 

Pengguna Facebook, Kaiz Met, ceritakan tentang pengalamannya menaiki Uber dari Poliklinik Tampines untuk pulang rumah bersama ibunya. Pemandunya pula menanya tentang kesihatan ibunya yang rupa-rupanya pernah mengalami strok 30 tahun yang lalu. Mereka telah pergi ke poliklinik untuk jalankan pemeriksaan kesihatan seperti biasa.

 

Kaiz Met jelaskan bahawa pemandunya yang bernama, Abdul Hadi, terkejut dan bimbang akan keadaan mereka. Apabila tiba di destinasinya, Abdul Hadi menolak pembayarannya. Kaiz Met amat bersyukur tetapi tetap ingin berikan bayaran itu. Pemandunya akhirnya menerima dan kemudian dia berikan pula 10 dolar kepada ibu Kaiz Met. Mereka bersyukur dan sungguh terharu dengan aksinya itu.

 

Berikut adalah petikan skrin bagi post yang ditulis Kaiz Met:

 

 

Pengguna-pengguna Facebook turut terharu membaca status itu dank omen-komen diberikan menunjukkan sokongan mereka kepada Abdul Hadi serta keluarga Kaiz Met.

 

Ramai doakan terbaik untuk kedua-dua pihak…

 

 

Sampai anak-anak Abdul Hadi juga nampak status itu dan berterima kasih…

 

 

Ada juga yang sangkakan ini status aduan…

 

 

Ada yang bangga dapat lihat status viral tentang kebaikan seseorang…

 

 

Sejuk hati TehTarik baca berita viral seperti ini. Jangan kita amalkan sifat gunakan media sosial hanya untuk merungut. Lebih afdal kita muatnaikkan status seperti ini daripada kita membuka aib seseorang online dan kesalahannya ditayangkan di khalayak ramai. Biar media sosial menjadi satu wadah untuk kita galakkan nilai-nilai murni yang wujud dalam masyarakat kita. Sekurang-kurangnya, kita dapat juga amalkan nilai bersyukur dan berikan penghargaan kami kepada orang lain.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments