Viral: Kedai Malaysia Hanya Untuk Rakyat Melayu. Singapura bagaimana?

Hal Ehwal Teh-Kini

Sumber: CNA

 

Sebuah kedai produk kesihatan Jepun di Larkin Perdana, Johor Baru, jadi viral hujung minggu lalu. Mengikut jejak langkah kedai “mesra Muslim” yang viral kebelakangan ini, kedai ini telah letakkan papan tanda membenarkan hanya rakyat Malaysia berbangsa Melayu sahaja untuk masuk ke dalam kedai itu.

 

Pengurusnya jelaskan bahawa rakyat lain dikecualikan kerana mereka tidak akan faham demonstrasi produk di situ yang dijalankan dalam Bahasa Melayu. Rakyat Malaysia berbangsa lain pula disarankan ke cawangan-cawangan lain, di mana demonstrasi dan seminar tersebut dijalankan dalam bahasa Mandarin.

 

Bila netizen-netizen Singapura sudah terbaca isu Malaysia ini, ada pula yang nak mempersoalkan isu bangsa di Singapura juga:

 


Ada komen-komen yang inginkan perbincangan yang serupa di Singapura.

 

Pengguna Facebook, Rizal Rashid, menyoal tentang hotline telefon bank-bank Singapura yang tidak mempunyai fungsi bahasa Melayu atau Tamil tetapi ada fungsi bahasa Mandarin.

 

Seorang lagi pengguna Facebook, Ken Lim, turut bandingkan situasi di seberang tambak dengan contoh iklan kerja di sini yang khas untuk rakyat yang tahu bahasa Mandarin. Dia katakan bahasa rasmi di tempat kerja sepatutnya bahasa Inggeris.

 

Ramai pengguna Facebook lain juga sokong pandangan yang diberikan dan ingin bincang tentang isu-isu bangsa di Singapura.

 

TehTarik perhatikan ramai netizen Singapura yang besar-besarkan isu ini sampai nak cari kesalahan di Singapura pula. Kan ada baiknya kita jangan cari kesalahan yang ada, tapi cari apa kebaikan yang ada dan boleh dijadikan contoh?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments