VIRAL: Anak Ditendang Di Taman Permainan, Ibu Bapa Disalahkan

Sembang-sembang je

Sebuah rakaman CCTV menjadi viral dan diheboh-hebohkan minggu ini kerana seorang lelaki dewasa kelihatan telah menendang seorang anak kecil yang hanya berumur lima tahun di sebuah taman permainan tertutup di Yishun. (Alamak, Yishun lagi, dah start lah korang…) Rakaman CCTV dari Sunshine Childhood Playland di NorthPoint City itu dimuatnaikkan ke Facebook oleh ibu kepada anak kecil itu dan telah dikongsi lebih 5,000 kali. Polis sedang siasat kes ini.

 

Dalam rakaman itu, anak kecil itu menghampiri seorang lelaki dewasa. Lelaki dewasa itu ditemankan seorang wanita dan dua lagi anak kecil. Apabila didekati, lelaki itu menolak dan menendang anak kecil itu. Lelaki itu juga membaling mainan penyodok yang dipegangnya. Lepas itu, anak kecil itu pukul pula belakang lelaki itu. Reaksinya? Lelaki itu menolak anak kecil itu kea rah gelongsor. Di akhir rakaman itu, ibu anak kecil itu masuk ke taman permainan tersebut. Pada masa itu, lelaki itu hanya berdiri dan merenungnya.

 

Berikut adalah video tersebut:

Sumber Video: The Local Society

 

Ibu tersebut jelaskan bahawa anaknya “menghidapi autisme tetapi dia bukan ancaman bagi kanak-kanak lain.” Menurutnya, dia amat terkejut dan sedih melihat rakaman itu. Dia mengaku bahawa dia “turut bertanggungjawab” kerana tidak mengawasi anaknya selama “90 saat”.

 

Apa lagi? Pengguna Facebook online pun serbu dengan komen.

 

Jadi, sekarang salah siapa… Anak kecil itu bersalah ke sebab dia mendekati lelaki itu? Ke lelaki itu bersalah sebab dia bertindak fizikal? Ataupun, ibunya salah sebab tidak mengawas anaknya selama “90 saat”? Kalau begitu, wanita bersama lelaki itu pun bersalah lah sebab dia biarkan kejadian itu berlaku kan?

 

Tetapi, ini bukan kisah pasal siapa yang salah. TehTarik ingin kejadian ini dijadikan peringatan buat semua. Setiap orang mempunyai tanggungjawab – tanggungjawab kepada diri sendiri untuk bertindak mengikut akal bukan perasaan dan tanggungjawab kepada orang di sekeliling kita supaya keselamatan dan kesejahteraan orang lain tidak terjejas. Setiap tindakan kita ambil ada pergi, ada balik. Ini peringatan tidak kira usia.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments