Video Viral: Rider Motor Nahas Akibat Dilanggar Kereta

Hal Ehwal Teh-Kini

Seorang pemandu, 32 tahun, ditahan kerana kemalangan di Woodlands, dan mengakibatkan seorang penunggang motosikal terkorban.

Dalam kemalangan itu, dua motosikal, sebuah kereta dan sebuah lori terlibat. Kemalangan berlaku petang semalam di simpang Woodlands Avenue 12 dan Woodlands Avenue 1. Mangsa, berusia 30 tahun, meninggal di tempat kejadian setelah sebuah kereta di jalan raya yang berlainan arah melanggar pembahagi dan merempuhnya.

Kami difahamkan bahawa mangsa yang meninggal ialah Khairman Mohamed Sabari, juga dikenali sebagai Irman Sabari. Menurut isterinya, beliau akan dikebumikan selepas Zuhur sekitar 2.30 tengah hari ini.

Menurut polis, pemandu kereta itu dan seorang lagi penumpang wanita serta seorang budak kecil yang bersamanya dihantar ke hospital. Pemandu tersebut ditahan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Berikut adalah video viral kemalangan itu:

Pagi tadi, seorang lagi penunggang motosikal terkorban di PIE. Mangsa terlanggar papan kayu di jalan raya, tercampak ke lalu lintas dan dilanggar sebuah kereta. Pihak polis menasihatkan penunggang motosikal untuk elak dari PIE menuju ke Changi Airport dan tuas kerana kesesakan lalu lintas.

 

 

TehTarik ucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa. Harap-harap pihak polis sedang siasat tentang kejadian-kejadian ini. Berhati-hati lah semua pengguna jalan raya. Tidak kira kenderaan apa pun. Keselamatan di jalan raya ini bukan melibatkan kita seorang sahaja tetapi semua di sekeliling kita pun boleh terjejas.

Sumber: Straits Times

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments