Video Viral: Lelaki Mencuri Duit Pemandu Kereta Grab

Sembang-sembang je

Video seorang lelaki melayu muda mencuri duit seorang pemandu kereta Grab disebarkan malam semalam. Video itu dirakam dari kamera di dalam kereta Grab tersebut.

Di dalam video itu, lelaki yang tidak dikenali menaiki Grab dari Ang Mo Kio menuju ke Jalan Kayu. Lelaki tersebut memberi arahan bagaimana untuk ke destinasi nya dan melihat ke jalan di hadapannya.

Tetapi, dia mula mendekati pemandu kereta itu dan menghulur tangannya. Pemandu itu sibuk memandu hingga tidak perasan apa yang sedang berlaku.

Dalam diam, dia telah mencuri dan mula mengira duit yang diambilnya itu.

Dah habis kira, dia simpan duit itu ke dalam sakunya pula.

Pemandu Grab ini cuma perasan duitnya hilang selepas lelaki itu keluar dari keretanya.

Berikut adalah petikan dari perbualan pemandu itu dengan rakannya di Whatsapp:

 

 

Pemandu kereta Grab itu “takut dia buat lagi kat orang lain”. Dia tidak sempat mengetahui nama lelaki itu kerana bagi khidmat Grab, apabila “dah drop off, nama (penumpang) pun hilang”. Menurutnya, lelaki itu telah mencuri gajinya selama 3 hari yang melebihi $500.

Post viral ini yang pertama kali dimuatnaikkan seorang pengguna Facebook malam semalam telah diturunkan tetapi video dan kisah malang pemandu Grab ini masih disebarkan.

 

Berikut adalah rakaman video tersebut:

Sumber Video: Facebook / Firdaus Nur 

TehTarik bersimpati terhadap mangsa dalam kisah ini. Walaupun khabar ini baru menjadi topik perbualan semalam, tarikh di dalam rakaman video itu adalah 23 Julai 2017. TehTarik berharap laporan polis telah dibuat dan pencuri itu akan ditangkap. Semoga duit yang dicurinya itu dapat dikembalikan.

Yang paling TehTarik tak boleh tahan, di akhir video ini, lelaki itu membayar dan menyuruh pemandu itu simpan sahaja duit kembalinya. Dia boleh katakan “takpa halalkan” lagi. Berhati perut lah sedikit dekat pakcik ini. Nasihat buat semua: Kalau nak cari duit, cari dengan cara yang halal. Masing-masing kerja keras cari rezeki untuk menyara hidup. Jangan lah pula pilih cara yang senang tetapi berisiko seperti ini. Tengok apa dah jadi?

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments