Video Viral: Anak Perlukan CPR Setelah Dikeluarkan KKH Dalam Keadaan Stabil

Sembang-sembang je

Video seorang bapa melakukan CPR kepada anak perempuannya viral minggu lalu setelah ibu bapa tersebut muatnaikkan video itu ke lelaman Facebooknya. Ibu bapa tersebut mendakwa bahawa anak mereka dalam keadaan tidak sedar pagi itu setelah diberitahu oleh seorang doktor KK Women’s and Children’s Hospital (KKH) dari bahagian kecemasan bahawa anak itu tidak mempunyai apa-apa kondisi serius.

 

Menurut ibunya, Cik Ang, mereka telah bawa anak mereka ke KKH pada malam November 13 dan menunggu sekitar “tiga hingga empat jam” sebelum temu doktor. Dr Peter Wong, kemudian, beritahu mereka bahawa kondisi anaknya tidak serius dan tidak perlukan perhatian medikal segera. Cik Ang juga mendakwa bahawa doktor itu sarankan mereka untuk “tunggu dua atau tiga jam lagi” kerana pesakit yang lebih serius atau dalam kecemasan akan didahulukan, atau mereka boleh “batalkan dan pergi ke tempat lain”.

 

Berikut adalah video yang dimuatnaikkan:

 

 

 

 

Pada pagi esoknya, anak itu dihantar ke hospital menaiki ambulans kerana kondisinya semakin teruk. Kenyataan dikeluarkan KKH dedahkan bahawa mereka sedang berhubung dengan keluarga terlibat dan yakin bahawa “tiada kelemahan” khidmat dari pihak KKH.

 

Menurut KKH, “Keutamaan hospital adalah untuk menyediakan rawatan yang sesuai dan tepat pada masannya bagi para pesakit. Oleh itu, kes-kes kecemasan menjadi keutamaan. KKH komited untuk memperbaiki pengalaman pesakit tetapi ibu bapa dan penjaga mereka harus bertolak ansur dengan bertindak secara bertanggungjawab dan saling memahami supaya pegawai perubatan kami dapat menjalankan tugas mereka.”

 

Pada mulanya, anak perempuan itu demam tetapi keadaannya stabil. Dr Wong, seorang doktor yang “berpengalaman dan dihormati”, jelaskan kepada mereka bahawa keadaannya stabil dan tidak dalam bahaya. Ibu bapa tersebut kemudian beredar dari situ sebelum peperiksaan medikal selanjutnya boleh dijalankan. 12 jam kemudian, anak tersebut dibawa kembali ke bahagian Kecemasan Kanak-Kanak dalam keadaan stabil. Setelah menerima rawatan di wad umum, dia dikeluarkan dari hospital esok harinya.

 

Sumber: CNA

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments