Usaha Pencarian Penyelam Singapura Yang Hilang Berterusan

Hal Ehwal Teh-Kini

Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengatakan bahawa lebih banyak sumber telah diagihkan untuk membantu pencarian penyelam Singapura yang hilang berdekatan dengan Pulau Komodo, Indonesia.

Cik Rinta Paul Mukkam telah hilang sejak hari Khamis lalu. MFA sedang memastikan komunikasi yang kerap bersama pihak berkuasa di Indonesia, termasuk Badan Search And Rescue Nasional (BASARNAS) Indonesia.

“Semasa beroperasi, kami telah membuat permintaan supaya lebih banyak sumber boleh diberikan untuk operasi ini,” kata MFA di dalam kenyataannya di Facebook.

“Pihak berkuasa Indonesia telah pun menghantar aset tambahan, termasuk sebuah kapal SAR (mencari dan menyelamat), sebuah bot laju polis dan sebuah kapal tentera laut untuk mengembangkan operasi SAR.”

“BASARNAS juga telah memberi indikasi bahawa mereka akan terus cuba untuk mendapatkan aset-aset yang sesuai untuk operasi ini,” kata menteri.

Pihak berkuasa telah pun memaklumkan bahawa bantuan konsular akan diberikan kepada keluarga terdekat Cik Mukkam. Seorang pegawai konsular juga akan dihantar ke daerah itu.

Menurut abang Cik Mukkam, beliau keluar menyelam di lautan sekeliling Gili Lawa, berdekatan dengan Pulau Komodo, Indonesia sekitar 12.30 tengah hari pada hari Khamis yang lalu tetapi beliau tidak kembali selepas itu. Rakan sekeluarga Cik Mukkam juga telah pun meminta bantuan orang awam untuk mengumpul dana buat usaha pencariannya di Gogetfunding dan Give.Asia.

 

Sumber: Channel NewsAsia

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments