Usaha kutip derma dimulakan untuk pelajar yang maut dihempap palang gol

Hal Ehwal Teh-Kini

Orang ramai telah hadir di Eunos untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Hambali Bin Sumathi pada 25 April 2017. Pelajar Sekolah Menengah Geylang Methodist meninggal dunia kerana dihempap palang gol sewaktu kelas pendidikan jasmani di sekolahnya.

Orang ramai yang telah berkumpul di kolong blok 410, Eunos Road 5, kelihatan sebak apabila jenazah Allahyarham tiba dari kereta jenazah dan ke rumah saudaranya. Ibu kepada Allahyarham, telah pengsan setibanya jenazah Allahyarham tiba pada jam 2 petang.

Pada 24 April 2017, Allahyarham Hambali telah mencapai sebuah palang gol dan memegangnya. Namun, palang gol tersebut jatuh dan menghempap Allahyarham. Pelajar tersebut mengalami kecederaan yang serius dan disahkan meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Sebuah usaha kutip derma untuk Allahyarham telah dimulakan oleh Cik Ameera Begum Mohamed Aslam di sebuah laman memungut sumbangan awam, LaunchGood. Usaha ini telah menarik perhatian orang ramai dan sekadar ini sebanyak $2,488 telah dikumpul.

Kakak kepada Allahyarham Hambali, Sarah Aqilah, telah memberi ucapan terima kasihnya menerusi laman Facebooknya.

TehTarik ingin mengucapkan salam takziah bagi keluarga Allahyarham Muhammad Hambali. Kami juga mengalu-alukan orang ramai untuk memberi sokongan dan bantuan untuk keluarganya menerusi link ini: https://goo.gl/ZYSqQm

Sumber: TodayOnline

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments