Urutan Peristiwa Mengenai Isu Ruang Udara Singapura-Malaysia

Hal Ehwal Teh-Kini

Pengurusan ruang udara di selatan Johor menjadi tumpuan baru-baru ini, selepas Singapura dan Malaysia membentangkan pandangan yang bercanggah mengenai isu tersebut.

Singapura menekankan pihaknya bertanggungjawab memastikan keselamatan dan keberkesanan lalu lintas udara di ruang udara selatan Johor manakala Malaysia pula mendakwa perbuatan Singapura dalam mengurus ruang udara itu telah melanggar kedaulatan Malaysia.

Isu itu timbul Selasa lalu selepas Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berkata di Parlimen bahawa negara itu mahu menuntut semula “ruang udara” di selatan Johor, yang mendorong Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) mengeluarkan kenyataan mempertahankan ‘status quo’.

Di bawah aturan sedia ada, Singapura bertanggungjawab menguruskan ruang udara di selatan Johor, termasuk perkhidmatan kawalan lalu lintas udara di ruang udara tersebut.

Aturan itu telah dipersetujui pada tahun 1973 oleh Malaysia, Singapura dan negara serantau yang lain, dan kemudiannya diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Perjanjian dua hala kemudian ditandatangani antara Malaysia dan Singapura pada tahun 1974.

Malaysia kini berkata ia mahu menuntut semula “ruang udara” tersebut dengan memberi sebab pengurusan udara ada kaitan dengan kedaulatan.

Memberikan respons MOT dalam kenyataannya berkata urusan ruang udara tidak bercanggah dengan kedaulatan Malaysia. Tujuan pengurusan udara adalah untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan trafik udara.

 

KENAPA ISU TIMBUL

Malaysia menimbulkan kebimbangan mengenai Lapangan Terbang Seletar – khususnya mengenai prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS).

Prosedur ILS merujuk kepada bantuan penerbangan di lapangan terbang yang menyediakan garis pandu yang jelas kepada juruterbang semasa mendarat dan mendekati landasan.

Membantah penerbitan ILS oleh Singapura, Malaysia mendakwa kesan laluan penerbangan bagi Lapangan Terbang Seletar boleh menjejas perkembangan dan operasi perkapalan di Pasir Gudang.

 

TANGGUNGJAWAB SINGAPURA

Namun Singapura telah mengatakan bahawa ILS hanya mendokumenkan laluan penerbangan sedia ada, menjadikan peraturan keselamatan lebih jelas dan lebih telus.

Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) juga mengatakan bahawa prosedur tidak mengenakan apa-apa kesan tambahan kepada pengguna ruang udara lain serta perniagaan dan penduduk di Johor.

Singapura juga menyangkal dakwaan Malaysia bahawa ILS diterbitkan tanpa perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia. Bagi membuktikan hujah itu, MOT mengeluarkan dokumen pada malam Selasa yang menunjukkan perundingan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dengan rakan sejawatnya di Malaysia.

 

URUTAN PERISTIWA

5 Dis 2017: CAAS membentangkan pelan pelaksanaan bagi prosedur ILS di Seletar semasa mesyuarat antara Singapura dan Malaysia di Kuala Lumpur

Dalam mesyuarat tersebut, CAAS juga berkata bangunan terminal penumpang baru akan dibina di Lapangan Terbang Seletar sebagai persediaan untuk syarikat Firefly untuk beroperasi dari situ dan ke Subang.

6 Dis 2017: E-mel CAAS memaklumkan prosedur ILS, termasuk draf carta instrumen pendekatan dan peta keseluruhan, kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk penilaiannya sebelum prosedur itu diterbitkan.

6 Jun 2018: CAAS menghantar e-mel kepada rakan sejawatnya di Malaysia yang mengatakan bahawa ia ingin menerbitkan prosedur ILS agar dapat dilaksanakan pada 16 Ogos 2018.

7 Ogos 2018: CAAS mengatakan pengurusannya telah menemui pengurusan CAAM dan memberi lebih banyak maklumat mengenai prosedur ILS. CAAS juga meminta “maklum balas operasi segera”.

15 Ogos 2018: CAAS mengatakan ia menghantar e-mel untuk susulan pada mesyuarat 7 Ogos yang menekankan “urusan penting”, dan meminta respon CAAM pada 27 Ogos. Namun CAAM tidak memberi jawapan, kata CAAS.

29 Nov 2018: Kedua-dua pihak berkuasa bertemu di Singapura, dan CAAM menimbulkan kebimbangan teknikal dengan prosedur ILS. CAAS berkata ia menangani kebimbangan tersebut dan “menyampaikan hasratnya” untuk menerbitkan prosedur pada 1 Dis.

30 Nov 2018: Dua pertemuan di Kuala Lumpur diadakan untuk membincangkan rekod mesyuarat hari sebelumnya. CAAM tidak menimbulkan kebimbangan baru, kata CAAS.

4 Dis 2018: Semasa berhujah di Parlimen, Encik Loke berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia akan menghantar pernyataan bantahan kepada Singapura mengenai apa yang beliau nyatakan sebagai “pelanggaran” prinsip, merujuk kepada penerbitan ILS Singapura.
Encik Loke juga berkata beliau ada bertemu dengan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan baru-baru ini dan memaklumkam bahawa Malaysia berhasrat mahu mengambil alih tanggungjawab menguruskan ruang udara di selatan Johor.

Memberikan reapons, MOT mengeluarkan kenyataan, dengan mengatakan bahawa aturan sedia ada telah memberi manfaat kepada Singapura dan Malaysia, dan sebarang perubahan akan memberi kesan kepada banyak pihak berkepentingan.

Berhubung dengan penerbitan prosedur ILS, CAAS tiada menerima respons substantif dari CAAM “walaupun diberi peringatan berulang”, sehingga akhir November tahun ini.

5 Dis 2018: Malaysia mengirimkan nota bantahan kepada Singapura berhubung penerbitan ILS.

 

PELUANG PEMBELAJARAN
Singapura dan Malaysia telah menikmati hubungan baik sejak berdekad lalu namun dari masa ke masa mungkin timbul isu yang boleh menjejas hubungan dua hala kededua negara. Pokoknya terdapat lebih banyak manfaat bagi kededua negara mencari huraian baik bagi isu ruang udara dan menumpukan perhatian bekerjasama menangani cabaran global yang sama menjejas Singapura dan Malaysia, misalnya ketidaktentuan ekonomi sejagat dan perubahan iklim.

Bagi rakyat Singapura pula, kita tidak harus terlalu terpengaruh dengan isu ini dan sebaliknya perlu bersatu padu menangani banyak lagi cabaran yang bakal mendatang.

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments