Undang-Undang Baru MUIS Untuk Buku Agama Islam Disokong Masyarakat

Hal Ehwal Teh-Kini

Pusat dan penyedia pendidikan Islam (IECP) harus dapatkan kelulusan dari MUIS sebelum memperkenalkan buku teks baru yang berkaitan dengan agama Islam. Menurut Mufti Fatris Bakaram, undang-undang baru ini mengikut kejadian apabila MUIS menjumpai penggunaan “bahan-bahan dan teks yang bermasalah”, kebanyakannya dari luar negara. Ini akan menjejas masjid, madrasah dan juga asatizah yang gunakan pejabat atau rumah mereka untuk pendidikan agama Islam kepada individu yang bukan ahli keluarga mereka sendiri.

 

Contoh buku-buku yang bermasalah termasuk yang catatkan bahawa “orang beragama Islam yang tinggal dalam masyarakat majoriti tidak beragama Islam perlu rasa marah dan sifat permusuhan kepada mereka yang tidak beragama Islam”. Mufti jelaskan bahawa kebanyakan teks ini didapat dari luar negara tanpa kajian kandungan teks yang sepenuhnya. Beliau tambah lagi bahawa ia penting untuk berpendirian tegas mengenai ajaran agama yang dibenarkan di Singapura.

 

Mufti juga memberitahu bahawa beliau tidak benarkan beberapa pengkhutbah luar negara untuk berikan khutbah mereka di Singapura kerana ajaran mereka tampilkan orang Islam seperti kaum lebih eksklusif dan penting berbanding dengan kaum agama lain. Beliau juga berikan amaran bahawa kandungan teks boleh dipantau tetapi “idea dan ajaran penceramah (yang ajar sifat tidak bertoleransi) masih boleh dicari online atau luar negara”. Jangan senang terpengaruh!

 

Komen-komen dalam liputan berita ini di Straits Times juga menggalakkan tindakan MUIS itu:

 

 

Komen-komen iktirafkan tindakan yang diambil MUIS untuk kekalkan kesucian agama Islam dan pendidikannya serta usaha mereka supaya harmoni antara kaum tidak tercemar.

 

Sumber: Straits Times

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments