Uber Kenakan Bayaran Perjalanan Tanpa Kebenaran Di Singapura

Hal Ehwal Teh-Kini

Bulan ini, timbul kes beberapa pengguna Uber di Singapura dikena bayaran bagi “perjalanan misteri” di luar negara. Mangsa-mangsa telah gunakan kad kredit atau debit daripada beberapa bank dan dikenakan bayaran dalam mata wang asing, termasuk dolar Amerika, Euro dan paun Britain.

 

 

Menurut Puan Daphne Maia Loo dalam Facebook postnya, dia rasa ganjil apabila wang baki dalam akaun banknya tidak tepat. Petikan skrin akaun banknya menunjukkan bahawa dia dikenakan bayaran Uber lebih dari sekali dan satu antara bayaran itu sebanyak £154 (S$276). Puan Daphne dedahkan bahawa kad debit OCBC nya dikenakan 15 urus niaga tanpa kebenaran dan ada beberapa lagi yang belum tertera di dalam kenyataan banknya. Syarikat Uber akan kembalikan wangnya tetapi hanya selepas dia buat tuntutan penipuan bagi setiap urus niaga tanpa kebenaran dengan banknya.

 

 

Seorang lagi mangsa, yang tidak ingin dinamakan, juga terkejut apabila lebih 30 urus niaga tanpa kebenaran sebanyak $1,300 dilakukan melalui kad DBSnya sejak 13 November.

 

Seorang penyelaras media, yang tidak ingin identitinya didedahkan juga, kongsi bahawa tiga urus niaga tanpa kebenaran dilakukan, berjumlah sebanyak S$92 melalui kad kredit Citibank dalam mata wang Euro dan dolar Kanada Jumaat lalu.

 

 

Encik Richard Toh dan Puan Sheela Narayanan kedua-dua dedahkan bahawa kad kredit mereka dikenakan bayaran perjalanan Uber di Europe. Encik Richard Toh mendapati 75 urus niaga tanpa kebenaran melalui kadnya dari Uber dan Nintendo Europe, berjumlah lebih dari S$4,000 sepanjang dua minggu.

 

Ini bukan kali pertama laporan penipuan dikeluarkan berkaitan dengan Uber. Di Singapura, kes-kes penipuan ini pernah berlaku awal tahun ini dan tahun lepas. Pengguna Uber di London juga pernah alami “perjalanan misteri” seperti ini dari Mexico dan New York.

 

Uber sedang siasat kes ini. Jika akaun-akaun anda terjejas, anda harus hubungi pasukan sokongan Uber dan pihaknya akan bantu tetapkan semula kata kekunci pengguna dan memulangkan wang bagi perjalanan tanpa kebenaran.

 

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments