Tips Untuk Orang Melayu Jimat Duit

Sembang-sembang je

Selepas Bajet 2018 diumumkan, ramai yang merungut pasal harga cukai akan naik. Kita cadangkan senarai berikut untuk orang Melayu kita sama-sama jimat duit dan kurangkan perbelanjaan. Belum cuba, belum tahu kan?

 

#1 Prinsip Gaji 20-50-30

 

Jangan terus ghairah untuk berbelanja bila dapat gaji. Gunakan prinsip 20-50-30. Sekurang-kurangnya 20% pendapatan anda perlu dimasukkan ke dalam akaun simpanan. Setengah atau 50% lagi boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan. Akhir sekali, maksima 30% gaji anda sahaja boleh digunakan untuk perbelanjaan lain seperti keluar makan di restoran mewah atau pakaian baru. Jika ada wang yang tidak digunakan, boleh kita gunakan pada bulan seterusnya. (Kena jimat macam ni, tak boleh main agak-agak jer berapa nak ketepikan!)

 

#2 Prinsip Tunggu 3 Hari

 

Setiap kali anda ingin beli sesuatu yang bukan barang keperluan, tunggu sekurang-kurangnya tiga hari. Kalau anda masih fikirkan tentang barang itu selepas tiga hari, boleh lah beli. Tabiat tiga hari ini akan mencegah kita daripada berbelanja sesuka hati dan membazir wang untuk barang yang sebenarnya tidak diperlukan.

 

#3 Gunakan Kereta Anda Sebagai Ruang Iklan

 

Sering kali bila kita cadang gunakan kereta, ramai fikirkan tentang menjadi pemandu Uber atau Grab tetapi mereka sebenarnya boleh juga gunakan kereta mereka sebagai ruang iklan bergerak. Cuba gunakan khidmat Movo untuk dapatkan ‘decal’ iklan yang boleh dilekatkan pada luaran kereta anda dan untung sebanyak $300 setiap bulan. (Kalau susah nak kurangkan belanja, dapat duit ekstra pun jadi lah…)

 

#4 Program Keuntungan Stesen Minyak

 

Jangan selalu isi minyak tanpa cuba dapatkan markah keuntungan (Rewards Points) anda! Daftar untuk program-program keuntungan online atau di stesen minyak berkenaan di CaltexEssoSPC dan Shell. Lebih banyak anda berbelanja untuk minyak kenderaan, lebih banyak keuntungan yang boleh ditebuskan seperti minyak percuma, hadiah percuma ataupun diskaun perbelanjaan. Gunakan kad kredit yang sesuai untuk perbelanjaan minyak anda dan jimat sebanyak 20%.

 

#5 Daftar untuk kad PAssion

 

Dengan bayaran $12 sahaja, anda boleh menjadi anggota PAssion selama 5 tahun dan gunakan promosi yang sedia ada melalui kad itu. Anda boleh dapatkan diskaun apabila berbelanja di Cold Storage, Giant, Guardian dan lain-lain lagi. Dengan ciri Sentuh-Untuk-Lebih, setiap kali anda berbelanja $150, anda akan dapat diskaun $1. Kad itu juga boleh digunakan sebagai kad EZ-link dan ia juga membolehkan anda untuk dapatkan KrisFlyer miles.

 

#6 Gunakan Aplikasi Terbaik Untuk Jimat Perbelanjaan

 

Ini senarai aplikasi yang terbaik untuk fungsi-fungsi berlainan yang boleh anda gunakan:

  • Carousell: Untuk jual dan beli barang yang pernah digunakan (potensi jimat sebanyak 40%)
  • ShopBack:  Terbaik untuk percutian atau barang elektronik (potensi jimat sebanyak 5%)
  • Money Digest: Terbaik untuk notifikasi promosi pada bila-bila masa melalui Facebook (potensi promosi beli satu, dapat satu percuma)
  • TaxiBot: Terbaik untuk dapatkan kod promosi bagi teksi, Grab atau Uber (potensi jimat sebanyak 5%)
  • RateX: Untuk pembelian barang online dari luar negara dengan kadar pertukaran wang yang baik (potensi jimat sebanyak 5%)
  • EZBuy: Terbaik untuk jimat harga penghantaran dari Amerika Syarikat atau China (potensi jimat sebanyak 10%)
  • Fave: Untuk jimat makanan di luar atau produk kecantikan (potensi jimat sebanyak 20%)
  • AirFrov: Untuk dapatkan barang dari luar negara melalui pelancong yang berkunjung ke negara itu

(Jangan cakap kita tak payung!)

 

#7 Pindahan Wang Automatik

 

Gunakan khidmat bank untuk keluarkan jumlah yang ditetapkan daripada gaji anda setiap bulan secara serta-merta. Jumlah wang itu pula boleh dipindahkan ke akaun wang simpanan anda setiap kali gaji dimasukkan. Tidak perlu risaukan lagi jika anda telah ketepikan wang simpanan secukupnya setiap bulan. (Psst… Ada bank seperti OCBC dan Maybank yang juga berikan khidmat untuk buka akaun baru bagi setiap matlamat kewangan korang!)

 

#8 Gunakan Kata Laluan Sebagai Motivasi

Tukar kata laluan anda untuk akaun media sosial ataupun apa sahaja akaun yang memerlukan kata laluan. Cuba gunakan kata laluan seperti “saveuntukholiday” atau “kenabayarbill”. Dengan cara tidak sengaja, anda akan mengingatkan diri sendiri tentang tujuan wang simpanan anda dan kurangkan sikap kerap berbelanja.

 

TehTarik harap panduan ini boleh bantu pembaca kita untuk jimat duit. Kita kena ada rancangan peribadi (atau rancangan keluarga) dan yakin pada diri sendiri. (Semoga maju jaya, geng!)

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments