Tips Untuk Meningkatkan Keyakinan Diri

Santai @ Teh Tarik

Keyakinan diri adalah sesuatu perkara yang boleh menjejaskan diri kita dari masa ke masa. Berikut adalah saranan untuk meningkatkan keyakinan diri. Semoga berjaya!

1) Cuba ‘halau’ perasaan takut

 

Selalunya perasaan takut itu disebabkan keyakinan diri berkurangan. Bila kita berasa takut akan sesuatu perkara, kita tentu sekali tidak akan menaruh harapan yang tinggi dengan perkara tersebut. Kita harus cuba mengimbas kembali saat yang kita berjaya melawan perasaan takut yang cuba menghantui kita… tentu berasa bangga pada ketika itu, kan? Bahkan, kita mesti mahu melakukan perkara itu sekali lagi. Oleh itu, kita harus cuba menguji kekuatan kita dengan menghadapi ketakutan kita. Setelah itu, lihatlah perkembangan kita. Secara perlahan, keyakinan diri kita akan meningkat.

 

2) Menjadikan kegagalan sebagai ‘kawan’

 

Kalau kita tidak pernah gagal, ia menandakan bahawa kita belum cuba. Untuk mencapai kejayaan yang hakiki, kita mesti bersikap terbuka dengan kegagalan dan sedar bahawa ia sebahagian daripada kehidupan kita. Kita harus bersedia dengan kemungkinan yang kita boleh gagal dalam sesuatu perkara yang kita lakukan. Lagi banyak kita gagal, lagi banyaklah yang bakal kita pelajari. Dari situlah kita akan belajar dari kesilapan dan menggunakan kegagalan kita sebagai satu alasan untuk kita maju ke hadapan.

 

 3) Hilangkan segala rasa sangsi

 

Kesangsian atau keraguan sebenarnya merupakan musuh ketat kepada keyakinan diri. Ia akan sentiasa membuat kita rasa tidak pasti dengan semua perkara. Apabila kita mula berasa sangsi dengan diri kita, kita harus cuba melawannya dengan berasa sangsi dengan ‘kesangsian’ itu. Pasti kita akan sedar bahawa iahanya bermain dengan minda kita.

 

4) Fokus kepada kekuatan

 

Orang-orang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah selalunya hanya akan menumpukan perhatian kepada kekurangan mereka. Cuba senaraikan kekuatan, pencapaian dan bakat yang kita miliki. Kita harus bersikap jujur dengan diri kita dan cuba membaca senarai tersebut setiap hari untuk mengingatkan kita akan kekuatan yang kita ada. Keyakinan kita sebenarnya dipengaruhi oleh segala apa yang kita fikirkan pada setiap hari, terutama sekali jika perkara yang difikirkan itu asyik bermain di minda kita. Jadi, kita harus senantiasa mengingatkan diri kita tentang segala perkara unik yang ada pada diri kita.

 

5) Memperdayakan diri dengan mengatakan ‘aku yakin dengan diri aku’ ketika keyakinan diri yang rendah ‘cuba menyerang’

 

Jika kita ingin meningkatkan keyakinan diri kita, kita harus berasa lebih yakin dengan diri kita. Jika saat itu tiba (keyakinan diri yang rendah), berhenti seketika, pejamkan mata dan cuba imbas kembali saat-saat ketika keyakinan diri kita itu tinggi. Gunakanlah segala pancaindera untuk membawa kita kembali kepada saat itu. Dengan melakukan ini, ia akan memudahkan kita untuk berasa lebih yakin dengan diri kita.

 

Sumber: Fashionista.com

 

6) Fikirkan tentang stail dan pakaian

 

Kita harus ‘dress to impress’, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita! Pakai pakaian yang membuat diri kita lebih selesa dan membuat diri kita ‘feel good’. Jika kita rasa yang kita kelihatan kemas, kita akan ‘feel good’ dan perasaan ini selalunya akan menaikkan keyakinan diri kita.

 7) Dengar lagu yang boleh membangkitkan semangat

 

Muzik memainkan peranan yang begitu penting dalam kehidupan manusia. Jadi, cuba dengar lagu-lagu yang boleh bantu memberi semangat kepada kita. Setiap orang pasti ada genre muzik kegemaran tersendiri, kan? Sediakan playlist ini khas untuk diri anda.

 

8) Adakan matlamat yang realistik dan cuba sedaya upaya untuk mencapainya

 

Pencapaian kita sebenarnya merupakan salah satu sebab yang boleh meningkatkan keyakinan diri kita. Sentiasa membuat komitmen dan melakukannya supaya kita akan lebih mempercayakan diri kita dan juga kekuatan kita.

 

 9) Sumbang kembali kepada masyarakat

 

Lakukan sesuatu yang boleh membuat kita menyumbang kepada masyarakat seperti menjadi sukarelawan atau menderma sesuatu kepada sebuah pertubuhan amal. Buat sesuatu untuk orang lain seperti menolong seorang warga emas dengan barang dapurnya. Dengan ini, kita akan sedar bahawa kita sebenarnya penting dan mampu untuk membuat sumbangan kepada masyarakat. Ia tentu akan meningkatkan keyakinan diri kita.

 

TehTarik berharap para pembaca yang mempunyai masalah keyakinan diri yang rendah akan menjadi seseorang yang lebih konfiden. Selamat maju jaya!

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments