Tidak semua rumah flat HDB layak untuk Skim En Bloc

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, telah mengingatkan pembeli-pembeli rumah flat jual semula HDB supaya jangan menganggap semua rumah flat HDB lama layak untuk Skim Pembangunan Semula yang Terpilih Secara Berkelompok (SERS).

Encik Wong menulis di dalam blognya:

“Sejak pelancaran SERS pada tahun 1995, hanya 4% dari flat HDB telah dipilih untuk SERS. Kami akan kekalkan pemilihan kriteria yang ketat. Oleh itu, jangan anggap semua flat HDB lama layak untuk SERS secara automatik.

Sebenarnya untuk kebanyakan flat HDB, pajakan rumah akan berakhir, dan flat-flat tersebut akan menjadi milik HDB, yang kemudian akan menyerahkan tanah itu kepada Pemerintah.”

Encik Wong juga mengingatkan pasangan-pasangan muda untuk berfikir dahulu sebelum membeli flat rumah yang mempunyai tempoh pajakan rumah yang pendek kerana harga flat akan jatuh apabila pajakan tersebut sudah berakhir.

Jadi pasti kita selidik dahulu sebelum membeli rumah flat jual semua ya?

 

Sumber: Independent SG

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments