Tiada tandingan untuk kasih sayang seorang ibu

Sembang-sembang je

Sempena Hari Ibu, TehTarik telah menggalakkan para pembaca untuk mengongsi kisah-kisah ataupun pengalaman yang mereka tidak boleh lupakan. Salah satu pengalaman yang amat menarik telah menarik perhatian kami dan kami ingin mengongsi cerita tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Shaqeizha Hasan, telah mengongsi sebuah cerita di mana ibunya bertungkus lumus untuk menyelamat adiknya yang jatuh di dalam perigi.

 

Dia menulis:

Salam…

Saya tidak akan pernah lupa bagaimana emak saya menyelamatkan adik saya dari jatuh mati lemas dalam perigi. Di saat orang ramai hanya menyaksikan…, emak saya bertungkus lumus dgn izin-Nya turun ke tepi tebing perigi demi untuk menyelamatkan adik lelaki saya yg kini berusia 40 tahun!

Sampai bila2 saya tidak akan pernah lupa jasanya sebagai seorang emak. Semoga ALLAH merahmatinya di beri keafiatan serta dapat melaksanakan amal ibadah dengan baik… tetapi bilarlah ianya berada di hati. Tetapi inilah salah satunya yg saya tidak pernah lupa.

Selamat Hari Ibu… walaupun bagi saya tiap hari adalah hari ibu, Bonda Rapeah!

 

Sumber gambar: Shaqeizha Hasan

 

TehTarik amat kagum membaca kisah ini kerana ia menunjukkan dan membuktikan bahawa tiadanya tandingan untuk kasih sayang seorang ibu. Malah. Ibu Shaqeizha Hasan, Bonda Rapeah, juga memberi komen kepada anaknya!

 

Dia menulis:

Terima Kaseh kerna mengingatkn kejadian yg mengerikan itu.Terima Kaseh Mendo”aakn kesejahtetaan kita.muda2han di Limpahkn Rahmat.n Tezeki yg melimpah n Berkat.keesehatan yg baik n iman yg tidak pernah Lesu n Pudar.Aamiinn3x Yatabbal “Aalaminnn.Allahu Akbar.

 

Walaupun dalam keadaan bahaya, Bonda Rapeah tetap berusaha menyelamatkan anaknya. Ibu mana tak sayang anak dan beliau menunjukkan kesayangannya menerusi keneraniannya – sanggup membuat apa sahaja demi anaknya! TehTarik ingin mengucapkan terima kasih kepada Shaqeizha Hasan dan Bonda Rapeah kerana mengongsi pengalaman yang mereka tidak boleh lupakan.

Dengan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunda-ibunda di luar sana! Tanpa sokongan, dorongan dan keyakinan mereka terhadap kita, pasti ramai daripada kita tidak akan berada di mana kita ada di sekarang. Terima kasih, Ibu!

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments