TERKINI: Masjid Ditutup Buat Sementara, Kegiatan Masjid Digantung Dua Minggu

Hal Ehwal Teh-Kini

Ia baru sahaja diumumkan bahawa kesemua 70 masjid di Singapura akan ditutup selama lima hari dari 13 Mac hingga 17 Mac. Ini juga bermaksud tiada solat Jumaat esok dan tiada solat secara berjemaah selama lima hari mulai esok. 

Kesemua kegiatan termasuk ceramah, kelas aLIVE, kuliah program Pembelajaran Islam Dewasa (ADIL) dan tadika di masjid akan dihentikan selama dua minggu. Acara kemasyarakatan seperti majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung di masjid juga harus ditunda.

Tindakan ini telah diumumkan setelah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mendapat informasi terkini dari Kementerian Kesihatan (MOH) tentang 95 warga Singapura yang menghadiri satu majlis tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor. 

The World Health Organization (WHO) has declared the COVID-19 outbreak a pandemic, as the number of cases globally…

Posted by Masagos Zulkifli on Wednesday, 11 March 2020

Di dalam status Facebook yang dimuatnaikkan, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat, Encik Masagos Zulkifli, menggalak individu-individu tersebut untuk menjalani pemeriksaan kesihatan demi melindungi masyarakat kita. 

Langkah-langkah ini diambil setelah Encik Masagos mengumumkan di sidang media bahawa dua jemaah tabligh warga Singapura disahkan dijangkiti virus Covid-19. Lebih 40 dari rombongan ini telah bersetuju untuk ke hadapan dan mendapatkan pemeriksaan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID). 

MUIS juga telah mengeluarkan fatwa berkaitan pencegahan virus Covid-19:

 

Menurut Jawatankuasa Fatwa, tindakan-tindakan seperti penggantungan solat berjemaah serta solat Jumaat sepanjang penutupan masjid diharuskan untuk mengelak situasi darurat. Orang ramai boleh membaca fatwa penuh di lelaman ini.

Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, juga menyokong tindakan yang telah diambil. Isu ini tidak berkaitan dengan agama masing-masing, tetapi virus Covid-19 boleh menular dengan cepat di tempat-tempat yang sesak. 

Beliau juga menegaskan bahawa situasi di Singapura masih lagi terkawal dan kita tidak akan ke tahap DORSCON merah. Namun, warga Singapura harus bersiap sedia jika situasi ini bertambah buruk. 

Rakyat Singapura juga telah mengongsi pendapat mereka tentang tindakan cepat ini:

 

Walaupun WHO telah mengumumkan bahawa virus COVID-19 kini satu pandemik, TehTarik.sg menggalak orang ramai untuk bertenang dan mengikut fatwa yang telah dikeluarkan oleh MUIS. Kakitangan di barisan hadapan masih bekerja keras dan kita harus beri sokongan untuk mengatasi keadaan ini. Jangan lupa untuk utamakan kebersihan diri dan amalkan langkah-langkah pencegahan virus dalam kegiatan seharian. 

Untuk tahu berita terkini tentang COVID-19, orang ramai boleh ke lelaman ini.

 

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments