Tarikan Jemaah Haji: Muzium Kehidupan Nabi Dibuka Di Madinah

Hal Ehwal Teh-Kini

Bagi mereka yang bakal menjadi para jemaah haji, jangan lepaskan peluang untuk kunjungi Muzium Dar Al-Madinah.

Menurut Arab News, ia adalah “muzium pertama dan paling besar khusus bagi sejarah dan warisan budaya Madinah”. Para pengunjung juga boleh pelajari tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW, tamadun Islam dan budaya bandar Madinah.

(Sumber: Facebook/Dar Al-Madinah Muzeum)

(Sumber: Facebook/Dar Al-Madinah Muzeum)

 

Muzium yang mempunyai empat dewan itu juga tawarkan makalah-makalah, seminar dan forum dalam bidang sejarah dan mercu tanda Madinah. Di dewan yang memaparkan kehidupan Nabi Muhammad SAW, terdapat koleksi lukisan dan gambar-gambar Madinah, yang jarang dilihat, serta koleksi unit sejarah Islam. Satu antara dewan-dewan itu juga beri peluang untuk pengunjung nikmati alam semula jadi dan seni bina purba Madinah.

Muzium itu dijaga oleh “para kakitangan berkemahiran tinggi dan berpengetahuan yang berupaya berkomunikasi dengan orang ramai” dalam tujuh bahasa, termasuk Arab, Inggeris, Turki dan Urdu. (Boleh lah korang tanya soalan-soalan kalau tak faham ke nak tahu lebih ke…)

Muzium tersebut terletak di Abdul Aziz Road di Madinah Knowledge Economic City dan dibuka dari Sabtu hingga Khamis, pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam (waktu Saudi). Bayaran masuk adalah SR25 (S$8).

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments