Tanya Dahulu, Berita Itu Benar atau Palsu?

Hal Ehwal Teh-Kini

Ini adalah beberapa tip untuk periksa sendiri kalau sesuatu berita itu palsu atau benar. Pencegahan berita palsu bermula dengan si pembaca.

 

#1 Tajuk ‘clickbait’

 

Kadang-kala berita palsu gunakan tajuk yang sengaja tarik perhatian pembaca walaupun kandungannya tidak benar atau tiada kaitan langsung dengan tajuk itu.

 

#2 Lelaman mencurigakan mirip dengan lelaman saluran berita rasmi

 

Lelaman abcnews.co dan abcnews.go.com seakan-akan sama tetapi mana satu betul? Semak semula saluran rasmi untuk pastikan anda dapatkan berita dari sumber yang boleh dipercayai.

 

#3 Ejaan salah dan rupa lelaman pelik

 

Berita rasmi akan pastikan kandungannya dieja betul untuk berikan maklumat yang tepat kepada pembaca. Lelaman rasmi juga pasti direka khas supaya pembaca senang lungsurinya.

 

#4 Sumber gambar

 

Jaga-jaga jika gambar kelihatan seperti telah diedit. Sekarang, mudah untuk photoshop gambar palsu untuk niat masing-masing.

 

#5 Tiada tarikh atau masa berita diterbitkan

 

Was-was lah kalau baca artikel berita yang tidak mempunyai butiran bila ia diterbitkan. Kemungkinan artikel itu hanya dimuatnaikkan untuk sengaja kelirukan pembaca.

 

#6 Di Singapura, cuba gunakan Factually

 

‘Factually’ berikan pendirian rasmi pemerintah Singapura bagi isu-isu hangat pada masa kini seperti “Akankah harga kenderaan awam dinaikkan memandangkan latihan semakan tambang baru-baru ini?” atau “Bolehkan anda menghidap kencing manis?”

 

 

Jangan terpedaya dengan berita palsu!

 

 

Sumber: CNA

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments