“Tak bagi President Melayu, tak happy, dah bagi President Melayu pun tak happy.”

Sembang-sembang je

Dah penat kita dengar orang mempersoalkan kemelayuan bakal calon-calon Pilihan Raya Presiden. Akhirnya, ada juga yang bersuara gunakan logic sedikit.

Pengguna Facebook, Bhai Hafiz Angullia, dalam postnya katakan, “Saya ada kenal orang, ibunya orang putih. Rupanya macam orang putih, tak boleh berbual bahasa Melayu tapi bangsa di IC nya Melayu. Kau minta satu dunia jangan buat anggapan mengikut stigma bangsa di IC tapi tengok apa kau buat sekarang.”

Bhai Hafiz Angullia menyokong Puan Halimah Yacob dan menyeru pembaca untuk turut memberi sokongan.

Dia juga katakan, “Tak bagi President Melayu, tak happy, dah bagi President (harap-harap) Melayu pun tak happy. Saya jijik dengan orang-orang ni. Memang patut rasa malu dengan diri sendiri.”

Postnya merupakan antara post-post yang sudah mula memberi sokongan kepada bakal calon Presiden kita tanpa mengira kemelayuannya.

Bila bangsa lain jadi Presiden, kita tak puas hati. Bila peluang dikhaskan untuk bangsa Melayu, kita tak puas hati. Bila orang tampil ke hadapan untuk mewakili bangsa kita, kita masih tak puas hati.

Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ogos dan kita akan raikan Hari Kebangsaan Singapura. Sebagai rakyat, sudah tiba masanya kita bersatu dan buka minda. Jangan pandang rendah dengan bakal calon-calon Pilihan Raya Presiden kita hanya kerana bangsa yang dicatat di IC nya. Kelayakannya sebagai seorang Presiden juga bergantung kepada kebolehannya untuk membimbing negara kita supaya terus maju jaya. Yang penting, kita harus mula berfikir untuk kebaikan masa depan Singapura.

 

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments