Syarat Baru Untuk Pasangan Muda Yang Nak Kahwin

Hal Ehwal Teh-Kini

Di Parlimen pada minggu ini, dua perubahan diperkenalkan untuk pasangan muda yang ingin berkahwin.

Pasangan muda – yang salah seorangnya berusia bawah 21 tahun – dan ingin membuat permohonan nikah di ROMM kini harus:

  1. Hadiri program persediaan perkahwinan yang diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF). Program itu perlu dilengkapkan sebelum membuat permohonan nikah. Program itu terdapat dua bahagian, sesi runding cara praperkahwinan dan bengkel pendidikan perkahwinan.
  2. Kebenaran orang tua kini diperlukan bagi perkahwinan bawah umur. Kebenaran ibu bapa ini berbeza daripada peranan yang dimainkan wali dalam perjanjian perkahwinan.

Inilah usaha untuk memberi sokongan lebih besar kepada pasangan muda dan memperkukuh keluarga Muslim. Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim berkata, “Walau jumlah perkahwinan melibatkan pihak berusia bawah 21 tahun merosot, perkahwinan melibatkan pasangan lebih muda lebih mudah terjejas.”

Menurut beliau, bagi kohort perkahwinan Muslim melibatkan suami lebih muda, baru-baru ini mereka sedang mengalami kadar perceraian 1.5 kali ganda berbanding suami lebih tua. Beliau menambah bahawa langkah ini ‘meningkatkan kesedaran pasangan’ mengenai isu dalam perkahwinan dan menampilkan ‘sumber dan program sokongan’ yang ditawarkan selepas mereka berkahwin.

Pemerintah sedang mengkaji jika kursus perkahwinan ini harus dijadikan kemestian buat semua pasangan Islam selain pasangan muda. Selain isu ini, semakan juga diperlukan atas isu pembahagian harta di Singapura.

“Lebih banyak masa diperlukan bagi menilai landskap yang berubah dan mengkaji implikasi apa-apa pindaan kepada Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla),” ujar Dr Yaacob.

 

Sumber: Berita Harian

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments