Struktur lebuh raya PIE yang sedang dibina runtuh

Hal Ehwal Teh-Kini

Seorang pekerja dari negeri Cina meninggal dunia di tempat kejadian apabila struktur lebuh raya PIE yang sedang dibina runtuh di Upper Changi Road East pada hari Jumaat (14 Julai 2017). 3 pekerja dari negeri Cina dan 7 dari Bangladesh cedera dan dihantarkan ke Hospital Besar Changi. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa mereka dimaklumkan tentang insiden itu sekitar 3.35 pagi.

 

Sumber: Channel News Asia 

 

Menurut SCDF, struktur yang terjejas adalah sebahagian daripada lebuh raya yang sedang dibina. Mereka melakukan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan beberapa anjing K9 SCDF. Pada jam 6.45 pagi, operasi tersebut diselesaikan.

“LTA juga telah memulakan siasatan keselamatan untuk mengetahui punca kemalangan jika ada kesilapan ataupun perkara-perkara yang harus diperbetulkan dengan segera,” kata pihak LTA.

Mereka telah mengarah jurutera-jurutera profesional yang bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan terperinci dalam mutu reka bentuk dan pembinaan struktur ini.

MOM akan turut bekerjasama dengan LTA dalam siasatan kemalangan ini. LTA menambah bahawa mereka akan memberi bantuan kepada keluarga-keluarga dan para pekerja yang terjejas.

 

Sumber: Channel NewsAsia

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments