Status Baitulmakdis: Ini Kenyataan Pergas dan Ahli Politik Tempatan

Hal Ehwal Teh-Kini

Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump buat keputusan untuk iktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel. Pengisytiharan itu telah dapat respons dalam negeri.

 

Antaranya ialah dari Menteri Negara Kanan Pertahanan Dr Mohamad Maliki Osman. Beliau katakan bahawa Singapura mesti bersiap sedia sekiranya ketegangan semakin memuncak di rantau ini selepas tindakan Amerika Syarikat itu. Menurut Dr Maliki, status Baitulmakdis adalah “isu yang rumit dan sensitif dengan sejarah yang lama” dan pengisytiharan Washington itu “akan menggugat kestabilan di rantau tersebut dan menyukarkan lagi usaha membanteras pengganasan”.

 

Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) juga amat kecewa dan prihatin terhadap tindakan itu. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan di lelaman Facebook Pergas pada 12 Disember:

 

 

Dengan respons seluruh dunia serta doa-doa masyarakat Islam, Pergas berharap Amerika akan menimbangkan tindakan mereka itu supaya keamanan dunia tidak terjejas. Persatuan itu menyifatkan tindakan itu sebagai “satu langkah ke belakang dalam usaha memelihara dan menjaga kestabilan dunia.”

 

Pergas turut sokong Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) yang pada 7 Disember mengesahkan lagi “sokongannya yang sejak sekian lama dan konsisten” terhadap huraian dua negara, dengan “penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, yang wujud bersebelahan negara Israel dengan aman dan selamat”.

 

 

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, juga sambut baik kenyataan Pergas, yang dianggapnya satu respons rasional dan munasabah.  Dr Yaacob juga tekankan lagi pendirian Singapura terhadap isu yang melahirkan “kesangsian, kebimbangan, kemarahan dan ketakutan dalam hati orang Muslim di merata dunia” itu. Beliau percaya masalah itu perlukan “kebijaksanaan, kepercayaan dan kerja keras semua pihak yang terbabit.”

 

Dr Yaacob juga menarik perhatian pembaca kepada kata-kata pedoman dari Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram iaitu, “Jangan putus asa kalau kita rasa kita tak berupaya mengubah dunia. Tapi berusahalah untuk menyinari dunia sekitar kita dengan kebaikan hati, amal dan akhlak kita… Daripada tak habis-habis mengutuk gelita, kan lebih baik setiap kita menyalakan pelita.”

 

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments