Sistem Basikal Terbaru Singapura

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Pernah nampak basikal-basikal berwarna kuning ini di tempat awam?

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melancarkan basikal ofo sebagai kemudahan untuk orang ramai. Bayaran sewa bernilai 50 sen sahaja!

Bukan di Singapura sahaja, sistem basikal seperti ini sudah pun wujud di negara-negara lain seperti Taiwan, Australia dan United Kingdom.

Di Taipei, Taiwan, ia dinamakan YouBike. Basikal-basikal diletakkan di stesen-stesen yang tersedia di sekitar bandar. Akses untuk menggunakannya adalah melalui kad “EasyCard”. Para pengguna membayar NT$10 (43 sen) setiap setengah jam untuk 4 jam yang pertama, NT$20 (86 sen) setiap setengah jam seterusnya, dan NT$40 (SGD$1.72) untuk setiap setengah jam jika melebihi 8 jam.

Penggunaan YouBike mendapat banyak sambutan dikalangan rakyat Taipei kerana ia menggalakkan mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat. Selain bersenam, mereka juga boleh menggunakan basikal tersebut untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, seperti tempat kerja dan stesen keretapi.

 

Gambar: borderles-house-com

Gambar: eng.taiwan.net.tw

 

TehTarik menyokong sistem basikal ofo terbaru ini kerana ia boleh mempercepatkan waktu untuk kita ke tempat kerja atau balik rumah. Cukup berguna jika kita ingin elak dari kesesakan trafik. Sesuai juga untuk digunakan bila ingin membeli barangan dapur atau untuk menikmati pandangan yang baru.

 

Gambar: littledayout.com

 

Kalau ingin gunakan basikal ofo ini, senang sahaja!

  1. Pertama, muat turun aplikasi ‘ofo’ di App Store atau Google Play untuk dapatkan kod.
  2. Cari sebuah basikal ofo di stesen MRT berdekatan. Untuk membuka kekunci basikal, letakkan nombor serial basikal ofo menerusi aplikasi ini. Kemudian, ia sedia digunakan!
  3. Setelah menggunakan basikal ofo, letakkannya di kawasan tempat letak basikal dan menguncinya melalui aplikasi tadi. Setiap perjalanan berharga 50 sen.

 

Moga-moga kami dapat lihat ramai orang yang menggunakan pengangkutan terbaru ini!

 

 

Sumber: The Straits Times

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments