Singapura Berusaha Untuk Tubuhkan Kolej Islam Singapura

Hal Ehwal Teh-Kini

Demi menyokong usaha masyarakat Islam tempatan menubuhkan sebuah kolej Islam di Singapura, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Islam, Dr Yaacob Ibrahim, sedang melawat institusi-institusi terkenal yang menawarkan pendidikan tinggi Islam di Amerika Syarikat dan Kanada. Dengan lawatan tinjauan itu, beliau serta rombongannya dapat mempelajarai pelbagai model di serata dunia.

 

Kolej Islam Singapura yang dirancangkan itu dijangka mengambil kohort pertamanya seawal tahun 2020. Dr Yaacob pernah menyatakan bahawa Kolej Islam Singapura diharap melahirkan generasi asatizah baru. Ia juga akan dijadikan wadah bagi para pemimpin agama dan pelajar pendidikan Islam tempatan mendapatkan pendidikan tinggi atau ijazah yang dikeluarkan oleh negeri sendiri.

 

Dr Yaacob akan berunding dengan para cendekiawan, pakar-pakar dan penuntut program pengajian Islam di Amerika Utara. Beliau ditemankan para pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) termasuk Timbalan Ketua Eksekutif MUIS, Dr Albakri Ahmad. Pada bulan lalu, Dr Yaacob telah pun melawat institusi Islam bagi pendidikan tinggi di Timur Tengah.

 

TehTarik sokong usaha untuk dapatkan tinjauan dari institusi dan mereka yang lebih berilmu serata dunia ini! Semoga hasil tinjauan itu dapat bantu kembangkan ilmu pengetahuan agama Islam bagi masyarakat tempatan.

 

Sumber: Berita Mediacorp

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments