Sidang Puncak Trump-Kim: Perubahan Apa Yang Ada?

Hal Ehwal Teh-Kini

Pertemuan antara pemimpin “dunia bebas”, Donald Trump, dan pemimpin negara paling penuh misteri, Kim Jong Un, merupakan salah satu kejadian terbesar di zaman ini. Seluruh dunia telah ikuti Sidang Puncak Trump-Kim di Singapura pada 12 Jun 2018, yang menyaksikan mereka menandatangan persejutuan untuk menghapuskan senjata nuklear dari Zon Bebas Tentera (DMZ). DMZ adalah halangan sempadan yang membahagi semenanjung Korea kepada utara dan selatan sejak tahun 1953 selepas persetujuan antara Korea Utara, Cina dan Bangsa-Bangsa Bebas (UN).

Dengan kedua tandatangan dari pemimpin Korea Utara dan Amerika Syarikat itu, Pyongyang berjanji akan membasmi program nuklear mereka sementara Washington berjamin untuk hentikan latihan tentera bersama Seoul, Korea Selatan. Latihan tentera tersebut sudah lama menjengkel Korea Utara.

 

KOREA UTARA: DITINGGAL DALAM KEGELAPAN

(Source: Ilya Pitalev, Sputnik News)

 

Kebanyakan warga Korea Utara tidak menyedari akan perkembangan acara bersejarah itu yang berpotensi merubah hidup mereka buat selamanya.

 

Menurut sebuah artikel oleh TIME, selain daripada media yang dikendalikan oleh pemerintah dan berita dari mulut ke mulut, warga Korea Utara tidak mampu mengetahui tentang sidang puncak itu sedalam dan seluas warga-warga negara lain. Berita yang diterbitkan bagi rakyat Korea Utara oleh Korean Central News Agency (KCNA) juga dikeluarkan lambat. (Mungkin satu petanda Korea Utara belum yakin acara itu akan berjalan dengan lancar?)

 

Tetapi, api harapan bagi landskap ekonomi di semenanjung Korea sudah dinyala. Encik Song Young Gil dari Jawatankuasa Presiden Korea Selatan bagi Kerjasama Ekonomi Utara berkata beliau menjangka projek-projek ekonomi dengan rakan sejawat utara mereka akan meningkat momentum setelah sidang puncak Trump-Kim.

 

AMERIKA SYARIKAT: TIADA PERKEMBANGAN SETAKAT INI

(Source: Florida Politics)

 

Walaupun 15 hari sudah berlalu, tiada tindakan konkrit yang telah berlaku. Bersetuju dalam perjanjian dan benar-benar menepati janji adalah dua perkara yang jauh berbeza. Jadi, bila Trump keluarkan tweet ini – “Tiada lagi Ancaman Nuklear dari Korea Utara” – sebaik sahaja beliau pulang ke ibu kotanya, ramai memang meragu-ragu akan kejayaan sebenar sidang puncak itu kerana Korea Utara masih belum menyingkir senjata nuklear mereka.

 

Istilah-istilah dalam sidang puncak itu pun tidak begitu jelas dan kurang khusus, perkara yang berpotensi disalah faham oleh Kim Jong Un. Tiada garis masa juga yang ditulis dalam dokumen tersebut untuk langkah seterusnya diambil oleh Korea Utara.

 

Walaupun Presiden Amerika Syarikat yakin Sidang Puncak Trump-Kim itu telah berjaya, kebanyakan rakyatnya tidak setuju. Menurut sebuah undian oleh Washington Post dan ABC News yang melibat 495 rakyat dewasa, lebih separuh pengundi berkata ia terlalu awal untuk umumkan sidang puncak itu sebagai suatu kejayaan.

 

SINGAPURA: BUKAN TITIK MERAH KECIL LAGI

 

(Source: U.S. Embassy in Singapore)

 

Sidang Puncak Trump-Kim telah merangsang minat di kalangan rakyat Amerika Syarikat terhadap Singapura dan ‘jenama’ Singapura di tahap antarabangsa telah ditingkatkan. Kita telah menjadi istilah yang paling dicari di laman Google pada 11 Jun 2018 dengan lebih daripada 2 juta pencarian dari Amerika Syarikat.

 

Apabila Menteri Hal Ehwal Luar Negeri umumkan pada 24 Jun bahawa $16.3 juta telah dibelanja untuk sidang puncak tersebut dengan kebanyakan diketepikan untuk keselamatan, ramai tidak berpuasa hati. Tetapi, menurut pakar pemasaran, liputan yang dihasilkan dari pertemuan bersejarah itu mampu bernilai lebih daripada 10 kali ganda kosnya.

(Source: AFP)

 

Singapura menikmati peluang perkembangan perniagaan. Sebagai contoh, peniru Trump dan Kim yang berada di sidang puncak palsu di pusat membeli-belah Bugis Junction menarik perhatian kira-kira seratus peminat. Dianjurkan oleh syarikat Vybes, lebih daripada 500 selfie bersama pemimpin tiruan dijual dengan harga $15.

 

Ramai yang juga mencipta produk-produk bertema Sidang Puncak Trump-Kim. Antaranya adalah gerai Harmony Nasi Lemak dengan ciptaan Nasi Lemak “Trump-Kimchi Dry-Aged Beef” mereka. Daging lembu dalam hidangan itu daripada Amerika Syarikat sementara kimchi ternyata daripada Korea.

 

Bagi TehTarik ada segolongan rakyat seakan-akan tidak peduli tentang kejadian pecah tanah itu. Jika Kim Jong Un akhirnya tidak ingin menandatangan persetujuan itu, apa reaksi di Singapura? Masih seolah-olah festival? Atau tiada reaksi langsung dan kita dilihat sebagai masyarakat yang tidak prihatin tentang hal ehwal antarabangsa? Pertemuan itu mampu ubah kehidupan – biar baik atau buruk, segera atau jangka panjang – di negara-negara lain termasuk Singapura.

 

Jadi, mohon ambil lebih inisiatif untuk mendidik diri mengenai perkara penting yang sedang berlaku di Singapura dan di dunia. Jadi lah seorang warganegara global.

 

 

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments