Siasatan Koroner: Kemalangan Tragik Lelaki Terkorban Dilanggar LRT 2 Kali

Hal Ehwal Teh-Kini

Seorang lelaki berusia 43 tahun dijumpa mati di stesen LRT Fajar pada bulan Mac yang lalu. Lelaki itu jatuh ke landasan kereta api dalam keadaan mabuk. Satu siasatan koroner baru sahaja dijalankan untuk mengenal pasti punca kematiannya.

Menurut rakaman CCTV, mangsa terjatuh dan terhentak kepalanya di landasan kereta api tetapi masih dalam keadaan sedar. Malangnya, mangsa tidak sempat mencari jalan keluar dari landasan dan dilanggar kereta api LRT dua kali.

Hanya terdapat seorang penumpang, yang merupakan kakitangan SMRT, berkata dia hanya “terdengar bunyi” dan tidak memikir untuk menyiasat. Pada kali kedua mangsa dilanggar, pengawal stesen, Encik Mohamed Ariff Mohamed Yusoff, sedar kereta api itu “bergerak dengan tidak lancar” dan mula mengesyaki sesuatu.

Menurut Koroner Negara Marvin Bay, Ang Boon Tong mati akibat kecederaan yang pelbagai, termasuk retakan kepada kepala, tulang rusuk, pinggang, tangan dan kaki. Encik Ang juga mempunyai luka ternganga selebar 15 cm dari leher ke pangkal pahanya.

Menurut Chia Chun Wah, Naib Presiden Kanan SMRT untuk Laluan Circle dan LRT Bukit Panjang, gerabak-gerabak kereta api LRT tidak dilengkapi dengan sistem untuk mengesan halangan. Kini, tiada sistem untuk memberi amaran kepada stesen atau Pusat Kawalan Operasi (OCC) jika penumpang jatuh ke landasan selain daripada 143 kamera CCTV yang memantau seluruh Laluan Bukit Panjang LRT.

Pada malam kematian Encik Ang, seorang kakitangan OCC di Woodlands ditugas untuk memantau 46 rakaman CCTV melalui 22 skrin. Kakitangan yang sama juga sibuk memerhatikan penutupan stesen itu pada masa kejadian itu.

Langkah yang paling selamat untuk penumpang yang terjatuh adalah untuk bergerak ke kawasan selamat iaitu di antara dua landasan kereta api.

Pilihan yang lain adalah untuk menjerit meminta bantuan supaya orang lain boleh menekan butang kecemasan yang akan mematikan kuasa kereta api. Tetapi menurut Encik Chia, tiada papan tanda yang memaklumkan apa akan terjadi jika butang kecemasan ditekan dan tiada rancangan untuk mendirikan apa-apa papan tanda.

Selain itu, penumpang yang terjatuh ke landasan boleh ke hujung platform dan menaiki tangga kembali ke stesen tetapi sekali lagi, Encik Chia memaklumkan “tiada papan tanda untuk menunjukkan di mana lokasi tangga itu”.

Menurut Encik Chia lagi, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menguji sistem analisis video yang mungkin dapat mengesan objek asing di landasan. Namun, ia tidak jelas jika sistem itu akan memberi amaran ke OCC dan hentikan kereta api itu jika mengesan objek di landasan.

 

Sumber: Channel News Asia

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments