Sharenting – Inikah Gaya Ibu Bapa Zaman Sekarang?

Sembang-sembang je

Apakah ‘sharenting’? Ia satu istilah apabila ibu bapa terlalu banyak kongsi gambar atau maklumat anak mereka di media sosial. Memang dah lazim bila kita scroll timeline, ada sahaja ibu bapa yang kongsi setiap detik kejayaan dan kenangan manis bersama anak mereka. (Bila dia pertama kali makan ais krim, bila dia masuk sekolah tadika, bila dia terjatuh dan kakinya luka, semua lah…)

 

Kongsi secara berlebihan boleh membawa kesan negatif kalau tidak dipantau. Rasa-rasa, ibu bapa sedar atau tidak setiap perkongsian mereka itu akan membentuk satu ‘identiti online’ dan anak-anak pastinya akan fikirkan bahawa identiti yang dipaparkan adalah imej mereka yang sebenarnya. Identiti online penuh dengan likes itu lah yang mereka rasa perlu ditonjolkan kepada orang ramai. Ini pula mungkin akan menjejas pemikiran anak itu dan timbulkan masalah seperti kompleks rendah diri.

 

TehTarik bukannya apa. Boleh, kalau hendak kongsi saat-saat istimewa di media sosial tetapi jangan pula terlupa apa saja dikongsikan di media sosial adalah buat selama-lamanya. Sebelum perkara itu datang balik kepada kita pada masa depan, fikirkan dulu sebelum anda tekan butang share. Adakah perlu untuk dikongsi? Jangan anak anda besar dan tertanya-tanya pula kenapa kita dedahkan maklumat tentang anak itu ke seluruh dunia online. Kadang-kadang ada juga orang berniat jahat curi maklumat online untuk tujuan masing-masing yang kita tidak sangka akan menjejas reputasi kita dan anak itu.

 

Sebagai ibu bapa, kena lah berhati-hati dan peka apabila menggunakan media sosial sambil membesarkan anak tersayang. (Ahem, jangan lupa, ada orang dengki tau. Kalau untuk orang yang susah nak dapat anak macam mana?)

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments