Seribu Bulan, Seribu Peluang

Santai @ Teh Tarik, Sembang-sembang je

 

Bukalah matamu, bangkit dari tidur. Tibanya sekali, cuba mengerti. Ini yang dinanti…

Di bulan yang mulia ini, kita sering diingatkan untuk beribadah, beramal dan bersyukur atas kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah tahun ini, peringatan yang baru muncul dari bakat seni tanah air yang sedang sibuk mengejar impiannya sebagai seorang penyanyi dan penggubah lagu di Kuala Lumpur.

 

TehTarik.sg amat terharu kerana mendapat peluang untuk meluangkan masa bersama Reyza Hamizan, dimana kita mencungkil tentang ciptaan lagu terbaru beliau, khas untuk bulan istimewa ini – ‘Seribu Bulan di Ramadhan’.

 

TT: Assalamualaikum Reyza, kita ingin tahu… ‘Seribu Bulan Di Ramadhan – apa sebenarnya maksud disebalik tajuk lagu ini?

R: Waalaikumsalam! Bagi saya, bila menulis lagu ‘Seribu Bulan Di Ramadhan’ ini, saya merujuk kepada anugerah yang kita dapat merasai atau menikmati semasa Lailatul Qadar. So pahalanya berjumlah lebih daripada seribu bulan yang telah ditulis.

 

 

TT: Oh begitu…sebelum ini, Reyza pernah mencipta lagu Ramadhan kan? Apa perbezaan lagu dahulu dengan lagu yang baru ini?
R: Oh, empat tahun lalu, saya menulis lagu bertajuk ‘Seindah Ramadhan’. Itu memang lagu Ramadan yang ‘biasa’ jer; merujuk kepada sikap menghayati dan meraih bulan Ramadan. Untuk ‘Seribu Bulan Di Ramadhan’, its’ more towards mengejarkan Lailatul Qadar.

 

 

TT: Apakah harapan Reyza bagi mereka yang mendengar lagu ini?

R: Saya ingin ketengahkan lagu ini dengan mesej kepada anak-anak muda kita yang mungkin kurang faham atau ketahui tentang Lailatul Qadar. Pada saya, peristiwa Lailatul Qadar hanya berlaku semalam sahaja, setiap tahun. Kalau kita tak berusaha, atau tak bersemangat untuk mengejarkan Lailatul Qadar ini, ia mungkin kerugian yang besar sebagai seorang umat Islam, pada pendapat saya.

 

 

TT: Bagaimana dengan cabaran pula? Apakah cabaran terbesar Reyza semasa merakam lagu ini?

R: Kalau dari segi challenges – tak banyak lah. Mungkin daripada irama muzik, semasa nak menulis dan menyusun lagu kerana ia merupakan satu kolaborasi antara tiga penyanyi, termasuk saya.

Bila saya record lagu ini bersama Iskandar Rawi dan Tiesha – kita semua berlainan suara. Kita juga semua ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. So bila saya menyusun lagu ini, saya kena menyesuaikan lagu, dan juga menyesuaikan vokal dengan lagu. Tapi yang most challenging mungkin untuk menulis sebuah lagu yang dapat dihayati khalayak ramai – dari budak-dudak hingga ke orang tua, dewasa dan yang sudah lanjut usia. Semua lah kirakan!

 

 

TT: ‘Seindah Ramadhan’ dan ‘Di Pagi Raya’ – nampaknya Reyza lebih cenderung mencipta lagu mengenai musim perayaan. Ada sebab disebalik ini?
R: Ini berbalik kepada niat saya untuk menulis lagu demi kemanfaatan masyarakat. Musim perayaan tu, it’s just an occasion. Tapi saya ingin menulis lagu untuk masyarakat. Susah nak terangkan kerana ilham datang lebih senang semasa nak tulis lagu untuk Ramadhan atau Hari Raya.

 

 

TT: Apakah lirik yang paling bermakna kepada anda, dari lagu ‘Seribu Bulan Di Ramadhan’?

R: Bukalah matamu, bangkit dari tidur. Tibanya sekali, cuba mengerti. Ini yang dinanti…

Saya rasa inilah lirik yang paling mengesankan, kerana kita ni kalau nak bangun untuk sahur ke atau bangun untuk solat Subuh – susah sikit. Jadi lirik ini merupakan satu peringatan untuk kita semua. Kirakan self-reminder lah.

 

TT: Okay soalan terakhir – apakah cita-cita anda untuk masa hadapan?

R: Pada masa terdekat, insyaAllah, saya akan mengeluarkan lagu Hari Raya pula yang bertajuk ‘Dikir Raya’. Lagu dah siap, music video pun dah siap, dan ia merangkumi tarian dan unsur-unsur dikir barat. Selain itu, saya tak sabar nak keluarkan album baru – album kedua saya – pada bulan tujuh. Dalam beberapa bulan ini, saya memang sibuk kerana nak keluarkan album. Dari segi business pula, saya bukan sahaja penyusun lagu. Saya juga bekerja keras untuk mendirikan studio saya.

 

Susah tu, memang susah. Tapi alhamdulillah, rasa nikmatnya dapat menulis, menyusun dan menyanyi lagu di bawah laungan label sendiri memang sesuatu pengalaman yang unik.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments