Seorang peserta uji bakat ‘Ah Boys to Men 4’ mengongsi pengalaman pahitnya

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Shrey Bhargava, telah mengongsi kisahnya semasa sesi uji bakat untuk filem Ah Boys to Men 4.

Menurutnya, apabila dia selesai uji bakatnya sebagai seorang askar dengan loghat Singapura, pengarah uji bakat meminta Shrey untuk berlakon sebagai seorang “warga India yang asli”. Dengan itu, dia menjawab pengarah tersebut dengan mengatakan bahawa tidak semua masyarakat berbangsa India bertutur dengan bahasa India yang amat pekat.

Namun, pengarah tersebut hanya berbalas dengan, “Tetapi itu yang kita inginkan. Dan membuatnya lebih kelakar.”

Walaupun dia tetap melakonkan apa yang diarahkan, dia tidak berasa selesa dan meluat dengan pengalaman itu. Baginya, dia telah ditempatkan mengikut warna kulitnya dan cara perbualannya gara-gara tujuan untuk memberi lawak kepada orang ramai. Dia juga menambah bahawa dia kurang pasti mengapa sebuah filem harus mengikut stereotaip-stereotaip yang ada.

Dia mengakhiri postnya dengan mengatakan bahawa filem merupakan pantulan realiti dan mengukuhkan identiti masyarakat di Singapura. Jika filem-filem tempatan masih terus menonjolkan stereotaip-stereotaip ini, ramai akan terus mempercayainya tanpa mengetahui bahawa masyarakat berbangsa India di Singapura bertutur seperti bangsa-bangsa yang lain.

Ramai netizen mengongsi post Shrey dan memberi pelbagai pandangan. Ada menyokong Shrey kerana berani menyuarakan pendapatnya tentang pertuturan masyarakat bangsa India yang tidak seperti apa yang diinginkan pengarah. Tapi ada juga netizen yang mengatakan Shrey tidak bersikap profesional dalam sesi uji bakat itu, dan tidak layak untuk menjadi seorang pelakon kerana tidak mampu melakonkan watak yang diinginkan pengarah atau penerbit filem itu. Berikut adalah beberapa komen yang diberikan para netizen.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments