Seorang ibu menjadi viral gara-gara sebuah gambar yang kecam

Sembang-sembang je

Seorang bapa telah mengambil tindakan untuk mempertahankan keluarganya daripada dikecam oleh pengguna Facebook di laman web apabila gambar keluarganya menjadi viral akibat sebab-sebab yang salah.

Gambar yang disebutkan telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Whing Jenny, yang menunjukkan seorang ibu dan anaknya yang mengambil sebanyak dua tempat duduk di dalam sebuah MRT. Menurut Whing Jenny, dia berkata “Excuse me please” tetapi ibu tersebut masih berkeras kepala dan tidak mahu mengalihkan kaki anaknya supaya orang lain boleh duduk di tempat duduk tersebut. Malah, ibu tersebut juga mengabaikan orang disekelilingnya yang lebih memerlukan tempat duduk tersebut.

Post Whing Jenny telah mendapat pelbagai pandangan oleh para netizen. Ramai yang mengatakan bahawa ibu tersebut mementingkan diri sendiri dan juga menyangka bahawa ibu ini adalah seorang wanita daripada luar negara. Namun, ada juga yang mengatakan bahawa wajah anak kecil tersebut tidak perlu ditunjukkan kerana dia tidak bersalah.

 

 

Walau apa pun, kita harus dengar cerita daripada kedua-dua pihak. Kalau disalah tuduh, pihak mangsa akan terjejas dan terus dikecam di media sosial. Nasihat TehTarik, Sebelum kita memuat naikkan sebuah gambar ke media sosial, kita fikir dahulu jika tindakan itu adalah wajar, ataupun ada cara lain untuk menangani masalah seperti ini.

Apa pandangan anda pula tentang situasi ini?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments