Seorang ibu meminta pertolongan demi 4 orang anaknya

Sembang-sembang je

Bulan Ramadan sudah tiba, namun sebuah keluarga sedang resah kerana mereka mungkin akan kehilangan rumah. Seorang pengguna Facebook, Sugar BabySpice, telah mengongsi bersama TehTarik tentang kisah Shireen sekeluarga.

Shireen merupakan seorang ibu kepada empat orang anak – dua anak lelakinya merupakan anak kandungnya manakala dua anak perempuan dijaganya kerana ibu bapa mereka telah meninggalkan mereka. Dia juga menjaga emaknya sepenuh masa, dan tidak boleh mencari pekerjaan yang terlalu jauh dari rumahnya.

 

Masalah Shireen bermula apabila dia gagal untuk membayar hutang rumah yang berjumlah hampir $11,000. Dia juga telah mendapat surat Writ of Possession yang mengarahnya untuk meninggalkan rumah tersebut. Selain daripada hutang rumah, Shireen juga berhutang kepada Majlis Perbandaran dan PUB yang berjumlah lebih daripada  $1000.

 

Sumber gambar: GIVE.asia

 

Shireen juga ditinggalkan suaminya kerana berkelakuan agresif terhadapnya. Kini, Shireen mempunyai Perintah Perlindungan Peribadi (PPO) terhadap bekas suaminya. Disebabkan ini, Shireen harus mencari pendapatan seharian untuk keluarganya.

 

Sumber gambar: GIVE.asia

 

Apabila mereka membeli flat rumah baru-baru ini, Shireen tidak tahu bahawa hutang tersebut adalah hutang bank dan bukan HDB. Dia cuba mendapatkan pertolongan daripada HDB namun pertolongan tersebut ditolak. Anak-anaknya juga ke sekolah tanpa wang saku dan permintaan Shireen daripada perkhidmatan sosial masih sedang diproseskan.

Sebagai seorang ibu, Shireen perlu memastikan pendapatan mencukupi untuk membesarkan anak-anaknya di bawah sebuah bumbung. Dia juga kehilangan harapan untuk mengendali masalah ini.

TehTarik kagum dengan kekuatan Shireen yang sanggup mengharungi masalah ini demi keluarga dan anak-anaknya. Kami menggalakkan orang ramai untuk menghulurkan bantuan agar keluarga Shireen dapat menjalani bulan Ramadan yang bakal tiba dengan sempurna.

Untuk memberi bantuan kepada Shireen di link ini: https://goo.gl/DfGNJA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments