SENTAP! TIADA TELUS, MAIN HEMBUS

Hal Ehwal Teh-Kini

AKHIRNYA, Majlis Ugama Islam Singapura bersuara, setelah sekian lama dijadikan bahan “keyboard warrior” yang mengatakan bahawa para pegawai MUIS telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membantu golongan susah di Singapura.

 

Ini berikutan satu laporan yang tidak rasmi, yang telah ditularkan menerusi aplikasi teks What’s App, mengatakan bahawa kononnya ada sebuah keluarga yang telah memohon bantuan kewangan daripada pihak MUIS di sebuah masjid tetapi gagal mendapatkannya. Keluarga tersebut akhirnya dikatakan mendapatkan bantuan kewangan secara langsung daripada sebuah gereja.

 

Kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan kerana tiada nama atau masjid yang disebutkan. Hanya sekadar “…kelmarin, keluarga / saudara kawan aku yang begitu begini, yang perlukan bantuan… tidak diendahkan pihak MUIS…”

 

Berita-berita seperti ini mendapat perhatian pentadbir lelaman-lelaman Facebook yang tidak telus, yang menyembunyikan identiti sebenar mereka untuk mengelakkan diri daripada dipersoalkan agar mereka boleh terus menambahkan berita yang belum tentu benar dan sahih, serta berpeluang untuk memburuk-burukkan keadaan.

 

Secara tidak langsung, mereka ibarat seperti duri dalam daging yang lambat laun boleh memecah-belahkan masyarakat Melayu / Islam di Singapura.

 

Antara lelaman Facebook yang disebutkan, ada yang menggunakan akronim yang serupa MUIS, dengan maksud yang berbeza – Muslims Underrepresented in Singapore – (Masyarakat) Islam Kurang Diwakili di Singapura dengan menggunakan logo MUIS yang dipangkah merah.

 

 

Lelaman itu memberikan gambaran keseluruhan bahawa “matlamat mereka sebagai satu wadah untuk masyarakat menyuarakan pendapat mereka tentang isu semasa yang menjejaskan masyarakat Melayu Islam.”

 

Oleh kerana ketulusan pentadbir tidak diketahui, masyarakat harus berhati-hati jika ingin mengongsi berita yang diterbitkan.

 

MUIS selanjutnya menjelaskan bahawa mereka telah mengagihkan sejumlah $1 juta kepada lebih 4 ribu penduduk yang memerlukan bantuan setiap bulan.

 

Namun, MUIS harus menyemak latar belakang setiap penerima secara keseluruhannya sebelum diberikan apa-apa jenis bantuan kewangan. Proses ini memerlukan masa dan tenaga agar pengagihan kewangan secara telus dan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

 

 

Pendirian MUIS untuk bersuara tentang hal ini secara terbuka, dengan mengalu-alukan maklum balas yang telus kepada para pegawainya mengenai perkhidmatan yang tidak memuaskan selama ini disambut masyarakat Melayu / Islam Singapura. Kenyataan di lelaman Facebook mereka telah menarik minat lebih 500 komen warga maya yang secara amnya pendapat mereka berbelah bagi.

 

Ada yang benar-benar tidak suka akan pentadbiran MUIS berdasarkan pengalaman peribadi mereka yang lalu ataupun berdasarkan pengalaman orang lain yang ditularkan…

 

 

Ada yang telah berpengalaman bekerja dengan MUIS atau badan-badan bantu diri yang telah menyaksikan sendiri cabaran seharian setiap pegawai dan ada juga yang mengingati orang ramai untuk mempertimbangkan pandangan MUIS pula…

 

 

Isu ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Setiap kebaikan memang tidak semudah dijangkakan. Setiap kelemahan pula memang seharusnya diketengahkan secara terbuka, bukan dengan melempar batu sembunyi tangan.

 

Asatizah tempatan, Ustaz Zahid Zin, juga telah menggunakan wadah media sosial beliau sendiri untuk mengetengahkan isu ini supaya lebih ramai wargamaya akan terbuka minda untuk menilai kesahihan berita yang disebar…

 

 

 


Selain Ustaz Zahid Zin, CEO dan Pengasas The SuChi Group, Encik Mohd Khair yang dikenali ramai di dalam masyarakat Melayu Islam turut mengongsi pengalaman bekerjasama dengan penerima zakat dari masjid-masjid Singapura.

 

 

Sekarang, di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Nah, sudah tersedia ruang maklum balas secara terbuka. Akan masyarakat kita terus bersuara mengikut emosi atau logika? TehTarik.sg harap orang kita akan terus sabar menghadapi segala masalah dan sentiasa mengingati bahawa kita semua adalah saudara mara dalam Islam.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments