SENTAP! SUARA MANGSA BERGEMA

Hal Ehwal Teh-Kini

BERITA HANGAT sepanjang bulan April lalu melibatkan kes rakaman seorang siswi mandi di sebuah asrama Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Kita tidak mungkin terlepas baca tentang kes ini yang hampir setiap hari terbit dengan perkembangan terbaru di media sosial.

 

Sepintas lalu;

25 November 2018 – rakaman mandi yang dilaporkan berlaku terhadap mangsa, Monica Baey.

 

Beliau telah membuat laporan kepada pihak polis dan pihak pengurusan NUS sebelum meluahkan rasa ketidakpuasannya di media sosial.

 

19 April 2019 – Mothership.Sg melaporkan tentang rungutan Monica Baey di InstaStory (Instagram) terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap Nicholas Lim, yang telah membuat rakaman tersebut.

 

Berikut merupakan hukuman untuk Nicholas Lim oleh pihak NUS;

  • memohon maaf menerusi surat kepada Monica
  • sesi kaunselling wajib
  • tidak dibenarkan di kawasan asrama
  • digantung satu semester

 

Siapa tak SENTAP, beb?

 

20 April 2019 – Pihak NUS menghulurkan “bantuan dan bantuan” kepada Monica. Mereka akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyemak semula rangka kerja disiplin dan bantuan kepada mangsa.

 

Namun, wargamaya tidak puas hati dengan kenyataan NUS kerana hukuman tidak setimpal dengan jenayah.

 

21 April 2019 – Sebuah petisyen dalam talian telah dapat mengumpulkan lebih 3000 tandatangan agar pihak NUS memberikan hukuman yang lebih berat terhadap Nicholas Lim supaya dapat mengelakkan perkara yang sama berulang.

 

Monica sendiri telah mengalu-alukan langkah tersebut, malah beliau dapat sokongan daripada ibunya.

 

Ramai yang menyokong tindakan ini serta memuji keberanian Monica tampil ke hadapan. Lebih ramai yang sependapat bahawa mereka berasa khuatir tentang keselamatan ahli keluarga perempuan mereka yang masih menuntut di NUS atau yang bakal menuntut di sana.

 

22 April 2019 – Sebuah syarikat OnHand Agrarian telah menarik-balik perjanjian untuk bekerjasama dengan NUS sekiranya Nicholas Lim tidak dibuang daripada institut pengajian tersebut.

 

Sebanyak 26 kes-kes serupa telah dibongkar semula sepanjang 3 tahun lalu. Tidak seorang pun yang telah dibuang atau diberhentikan pengajian, malah diberikan hukuman yang serupa.

 

Syarikat insurans Great Eastern telah menggantung khidmat Nicholas Lim sebagai seorang pegawainya. Nicholas Lim dikatakan telah menyerahkan surat pemberhentian kerja.

 

MENTERI PENDIDIKAN ENCIK ONG YE KUNG, akhirnya mengeluarkan kenyataan tentang kes tersebut. Menurutnya, kejadian yang memalukan di perkarangan NUS itu merupakan sesuatu yang amat berat dan membimbangkan.

 

23 April 2019 – PIHAK POLIS telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang hukuman terhadap Nicholas Lim. Antara senarai kenyataan yang amat tidak dipersetujui oleh wargamaya ialah;

  • beliau telah berasa kesal akibat perbuatannya
  • beliau akan menjalani pemulihan
  • masa hadapan beliau akan musnah dengan rekod jenayah seperti ini

 

Wargamaya sebulat suara menolak kenyataan-kenyataan ini dengan memberikan contoh-contoh kes jenayah yang serupa sebelum ini. Ramai penjenayah seperti beliau telah dikenakan hukuman yang lebih berat, seperti hukuman penjara.

 

25 April 2019 – Pihak NUS telah mengadakan satu sesi perjumpaan dengan pelajar selama 90 minit. Keadaan yang agak tegang semasa sesi soal jawab tersebut hanya menambahkan kemarahan mereka yang hadir. Masih banyak soalan yang tidak terjawab, malah akan hanya dirujuk kepada jawatankuasa pengkaji.

 

1 May 2019 – Monica Baey pulang ke Taiwan dengan pesanan tegas untuk Nicholas Lim. Beliau telah berpuas hati dengan usahanya selama ini untuk mendapatkan perhatian agar peristiwa hitam ini tidak berterusan. Beliau juga telah meminta wargamaya untuk menghentikan gangguan terhadap Nicholas Lim.

 

Beliau mengingatkan bahawa setiap mangsa akan terus mengalami trauma dan ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan. Beliau tidak kesal akan tindakannya untuk mengumumkan nama Nicholas Lim sebagai contoh kepada yang lain agar tidak mengulangi kejadian itu lagi.

 

Keberanian Monica Baey tampil ke hadapan sebagai seorang mangsa telah mendapat sanjungan daripada ramai wargamaya terutama sekali mereka yang pernah menjadi mangsa.

 

SENTAP beramai-ramai seperti ini dapat menggegarkan serta menyedarkan masyarakat umum namun ia hanya berkesan dengan menggunakan fakta dan bukan sekadar emosi.

 

Ada yang bertanyakan situasi yang sama, dengan watak yang berbeza. Apakah tindakan yang serupa akan diambil oleh pihak berkuasa?

 

Setiap pesalah memang wajar dikenakan hukuman setimpal kesalahannya. Di samping itu, setiap mangsa harus juga berani tampil ke hadapan, lebih-lebih lagi jika ia meninggalkan kesan trauma. Setiap lapisan masyarakat harus bertanggungjawab melindungi setiap individu agar terjamin keselamatan kita semua.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments