SENTAP! CERITA KEROPOK LEMAU

Sembang-sembang je

SYABAS!

 

Apa yang dikenali sebagai “urban legend” atau penularan sebuah kisah mengerikan yang disampaikan oleh seseorang untuk ketahuan masyarakat walaupun belum tentu benar, telah berjaya dihentikan.

 

Cerita yang melibatkan seorang makcik yang bertudung merah, dikatakan sebagai seorang penjual keropok pintu ke pintu, lantas mendapat gelaran “Makcik Keropok” telah disensasikan semula menerusi aplikasi Whats App.

 

Menurut sumber, makcik tersebut akan mengetuk pintu untuk menjual keropoknya lalu akan memukau pembeli yang tidak membeli keropoknya. Beliau dikatakan akan merompak rumah semasa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

 

Asal cerita makcik keropok ini pada awal tahun tahun 2000 pula mengatakan bahawa dia akan menghantui mangsa dengan “melepaskan pontianak” di rumahnya.

 

Kisah ini bukan pertama kali diketahui, malah telah beberapa kali diceritakan menerusi segmen Misteri Jam12 oleh siaran stesen radio Ria 897FM. DJ yang bertugas pula sering mengingatkan penonton untuk menganggap cerita-cerita ini sebagai satu hiburan sahaja.

 

Kejadian yang baru berlaku minggu lalu telah berjaya dihentikan penularannya serta merta dengan masyarakat sepakat mengatakan bahawa kenyataan itu ia tidak benar.

 

Malah, ada pihak yang marah-marah kerana gambar yang disebarkan itu merupakan salah seorang ahli keluarga yang baru-baru ini telah dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.

 

Kesimpulannya, masyarakat dalam talian (online citizen) semakin peka akan penularan berita-berita palsu seperti ini. Dengan kemajuan teknologi dan maklumat yang semakin telus yang mudah disemak untuk mendapatkan kepastian, cerita-cerita ini boleh segera dihentikan.

 

Penularkan cerita-cerita palsu hanya membuktikan seseorang yang cetek pemikiran untuk mempercayai apa-apa cerita tanpa usul periksa untuk mendapatkan maklumat yang sahih lagi benar. Seharusnya mereka mendapatkan kepastian daripada teman-teman sekeliling sebelum menyebarkan sesuatu maklumat.

 

Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan hanya mengakibatkan kemarahan orang lain, malah hanya memalukan diri sendiri jika kenyataan itu tidak benar sama sekali.

 

Penjual rumah ke rumah di estet perumahan mungkin sudah semakin berkurangan atau hampir pupus, namun mereka masih menjalankan perniagaan yang benar-benar dikatakan sebagai kerja keras menatang tulang empat kerat.

 

Namun, apakah ini bermakna Singapura sekarang ini arah dikatakan bebas daripada cerita-cerita paranormal? Apakah kita “terselamat” daripada gangguan makhluk halus, atau mereka sudah tidak wujud lagi sama sekali?

 

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments