SCDF Ingatkan Orang Ramai Untuk “Punya Hati”

Hal Ehwal Teh-Kini

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) gesa orang ramai supaya “bersikap baik hati”. Sejak Januari tahun ini, terdapat 16 kes penganiayaan terhadap para pegawai barisan hadapan SCDF. Tahun lalu pula, jumlahnya sebanyak 20 kes seperti itu.

 

Satu insiden penganiyaan yang pernah berlaku melibatkan seorang teknisyen perubatan kecemasan. Dia ditumbuk seorang lelaki yang dikejarkan ke hospital dalam ambulans. Lelaki itu juga gunakan kata-kata kesat terhadap para kakitangan. Kepala pegawai paramedik pula dicengkamnya. Lelaki itu dipenjara tiga bulan atas kekerasannya terhadap pegawai awam.

 

Selain itu, seorang pesakit lelaki juga pernah “tiba-tiba menjadi ganas” ketika menerima suntikan intravena hingga suntikan tersebut tercabut dan paramedik tercedera. Lelaki itu dipenjara 34 bulan atas penderaan fizikal dan beberapa tuduhan lain.

 

SCDF ingin orang ramai tahu bahawa kakitangan khidmat perubatan kecemasan akan lakukan terbaik bagi para pesakit. Menurut kenyataan mereka, “SCDF tidak akan bertolak ansur terhadap penganiayaan dalam bentuk fizikal atau lisan ke atas para pegawai kami. Kami juga tidak akan teragak-agak untuk membuat aduan polis.”

 

Sumber: CNA

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments