SCDF Berjaya Padamkan Tangki Minyak Pulau Busing Yang Dijilat Api

Hal Ehwal Teh-Kini

Inilah gambar-gambar anggota SCDF yang bergilir-gilir ambil peluang untuk berehat seketika sebelum kembali ke operasi memadamkan api semalam:

 

 

Satu tangki simpanan minyak yang terbakar di Pulau Busing, salah satu pulau di persisir selatan Singapura, berjaya dipadamkan semalam dalam sebuah operasi yang mengambil masa hampir enam jam.

 

Menurut post Facebook Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), anggota pasukan kecemasan SCDF berganding bahu bersama Pasukan Respons Kecemasan Syarikat CERT untuk memadamkan api itu. Tiada orang tercedera.

 

Seramai 128 anggota SCDF dan 31 kenderaan sokongan dan pemadam kebakaran terlibat dalam “operasi besar” itu. Operasi yang diketuai SCDF itu disokong oleh Polis Pengawal Pantai, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura, Tentera Laut Republik Singapura dan Agensi Sekitaran Kebangsaan. Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam juga berada di pulau itu untuk saksikan operasi memadam kebakaran.

 
Berikut adalah rakaman video kebakaran itu:

 

[Fire @ Pulau Busing]Video of the fire at the height of the operations.

Posted by Singapore Civil Defence Force on Tuesday, 20 March 2018

 

Ramai warga Singapura mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih melalui komen-komen di Facebook…

 

 

TehTarik turut kongsi kebanggaan bersama pengguna-pengguna Facebook ini. Kadang kala kita lupa untuk menghargai abang-abang dan kakak-kakak seragam kita kerana kita tidak selalu dapat melihat kerja keras mereka untuk pastikan keselamatan kita. Semoga warga Singapura sentiasa sokong dan berikan semangat kepada pekerja-pekerja ini!

 

Sumber: CNA dan Facebook SCDF

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

 

Comments