Satu Per Tiga Perkahwinan Orang Islam Adalah Perkahwinan Antara Berlainan Kaum

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Tren kahwin campur ini semakin bertambah dalam masyarakat Melayu/Islam. Statistik tahunan terbaru menunjukkan satu per tiga perkahwinan orang Islam ialah antara pasangan yang berlainan kaum.

Statistik ini dikeluarkan semalam (18 Julai) oleh Jabatan Statistik melalui satu laporan tentang perkahwinan dan perceraian di Singapura.

TehTarik tahu ramai orang Melayu/Islam tak ingin galakkan perkahwinan campur sebab biasanya agama kita berlainan. Kalau kedua-dua pasangan sudah beragama Islam, bagus lah. Tapi kalau kedua-dua keras kepala nak berlainan agama juga, perkahwinan sivil sahaja lah jawabnya (ish ish…)

Itu dari segi agama sahaja. Kita pun mesti fikirkan juga aspek-aspek lain – bangsa, bahasa dan budaya. Dan kalau yang nak kahwin tu anak sendiri… agak-agak kita restu tak?

Oleh kerana hari keharmonian kaum dah nak datang tak lama lagi, TehTarik ingin kongsi pendapat:

1. “Mesti leceh kan?” Ramai ada mindset macam ni kalau mereka kenal pasangan yang berlainan kaum. Setiap kaum ada adat budaya tersendiri. Yang mana satu pasangan itu amalkan? Kan lagi senang orang Melayu kahwin dengan orang Melayu? TehTarik percaya, memang tak mudah untuk bina rumahtangga dengan latar belakang yang berbeza. Tapi kalau betul-betul usaha, mesti berhasil. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih…

2. Antara cabaran yang pasti ada ialah pemikiran konservatif orang tua dan saudara-mara. Statistik dah pun mendedahkan yang tren perkahwinan campur ini semakin meningkat. Kita tak boleh nafikannya dan mungkin akan berterusan entah sampai bila. Usah lari dari kenyataan. Sama-sama kita buka minda dan lebih fahami tentang fenomena ini. Mana tahu anak kita sendiri nak kenalkan kita kepada boipren mat saleh?

3. Kedua-dua keluarga boleh belajar tentang kaum yang baru untuk eratkan silaturrahim. Perkahwinan campur boleh galakkan sifat bertolak ansur dan saling faham-memahami antara satu sama lain. Anak Singapura pun bukannya tak biasa dengan perayaan hari keharmoniaan kaum kan?

Perkahwinan ini sebenarnya urusan antara dua individu. Tak ada kena mengena dengan kita pun. Jika mereka betul-betul nak mendirikan rumahtangga, sebagai rakan atau keluarga, kita pun apa lagi… Tumpang bahagia sahaja lah.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments