Sambutan Aidilfitri Lain Daripada Yang Lain Di Merata Dunia

Sembang-sembang je

Menziarah rumah sanak saudara, memakan lauk lemak lodeh, ketupat dan rendang, serta memberi dan menerima sampul wang adalah tradisi Hari Raya Aidilfitri, atau Eid, yang dilakukan umat Islam Singapura. Namun, tradisi kita tidak semuanya sama dengan tradisi umat Islam di merantau dunia.

 

Source: https://blog.zimobi.com/istanbulda-ramazan-coskusu/

#1 TURKI

Gula-gula dan pencuci mulut tradisional diberi antara saudara mara dan rakan-rakan. Perayaan Eid di negara tersebut dikenali sebagai Seker Bayram (“Festival of Sweets”). Kanak-kanak menziarahi jiran-jiran dari pintu ke pintu untuk memberi ucapan dan menerima gula-gula seperti baklava dan Turkish delight. Umat Islam di Turki juga melawat saudara mara dan memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang telah meninggal. Pejabat pemerintah dan sekolah juga ditutup selama tiga hari, yahoo!

 

 

Matiullah Achakzai, News Lens Pakistan

#2 AFGHANISTAN

Pada hari pertama Eid, umat Islam lelaki dari semua peringkat umur berkumpul di taman-taman di seluruh negara untuk mengadakan tradisi retak telur rebus antara satu sama lain. Mereka juga, sama seperti kita, membersihkan rumah dan menyediakan juadah tradisional untuk saudara mara dan rakan-rakan yang sedang melawat.

 

 

Kevin Frayer, Getty Images

#3 CINA

Seramai 25 juta umat Islam di sini menziarahi kubur gabenor pertama wilayah Yunnan, Sayyid Ajjal Shams Al Din Omar. Beliau yang memperkenalkan ugama Islam di Yunnan dan mengamal toleransi ugama lain kepada rakyatnya. Mereka dari kaum minoriti Uyghur dan Hui. Mereka tolong membersihkan kawasan kubur dan berkumpul untuk membaca al-Quran. Tradisi ini serupa dengan perayaan Qingming dimana warga Cina menziarahi kubur ahli keluarga yang sudah meninggal sebagai tanda penghormatan.

 

 

South West News Service

#4 BRITAIN

Sambutan Eid yang terbesar di Eropah diadakan di Birmingham di mana umat Islam berkumpul di Taman Kecil Heath untuk menunaikan solat, memakan juadah dan mengadakan hiburan. Tahun ini, seramai 140,000 umat Islam – rekod tertinggi setakat ini – telah menyertai acara Eid tersebut. Banyak perayaan seperti ini diadakan di seluruh negara Britain, termasuk Blackburn, Manchester, Bradford dan ibu negara, London.

 

 

The Islamic Cultural Center of Iceland

#5 ICELAND

Negara yang mempunyai jangka masa yang terpanjang berpuasa tahun ini adalah Iceland. Mereka perlu berpuasa selama 21 jam! Disebabkan musim panas, malam hampir tiada langsung dan matahari kerap bersinar. Sambutan Eid di Iceland merupakan tradisi yang seronok walaupun kecil. Tidak lebih daripada 100 umat Islam berkumpul di Masjid Reykjavík untuk adakan pesta makanan tradisional dari seluruh dunia, disediakan oleh rakyat daripada beberapa negara termasuk Indonesia dan Egypt.

 

Mungkin cara kita sendiri sambut Eid sudah menjadi suatu kebiasaan, tetapi kita boleh bukakan mata untuk mengetahui cara perayaan di negara-negara lain juga. Walaupun kita mempunyai pelbagai tradisi berbeza, tujuan utama kita, tidak kira kebangsaan atau latar belakang, tetap sama iaitu untuk mengeratkan lagi dan mengekalkan silaturrahim antara saudara mara dan rakan-rakan.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments