Salah Siapa?

Hal Ehwal Teh-Kini

Baru-baru ini, masyarakat Melayu kita mula bersuara tentang peranan MUIS dalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Perkara ini bermula dengan artikel diterbitkan oleh Fake MUIS yang menyatakan bahawa ada orang Melayu yang kini mendapatkan bantuan dari gereja. Artikel ini kemudiannya menjadi viral dan dikongsi lebih 750 kali dan memanggil ramai netizen untuk mengongsi pendapat dan pengalaman yang tidak menyenangkan apabila berhubungan dengan MUIS untuk menerima bantuan.

 

DAKWAAN PALSU – WAJAR ATAU TIDAK?

 

Artikel ini mengikut kisah pasangan yang telah meminta bantuan dari masjid tempatan Singapura tanpa mendapat maklum balas yang diinginkan. Berikutan itu, ramai netizen juga ke hadapan untuk kongsi pengalaman mereka sendiri:

 

PENJELASAN MUIS

Melalui terbitan berita dari sumber-sumber lain, MUIS telah memberikan kenyataan bahawa MUIS menyumbang $1.1 juta kepada seramai 4,300 penerima zakat setiap bulan. Pihak MUIS memaklumkan pembaca bahawa permintaan dana bantuan boleh dilakukan di masjid kerana lebih dekat dengan rumah mereka. Pekerja MUIS tidak akan menolak permintaan golongan yang memerlukan bantuan, malah akan mencatatkan butiran mereka supaya pekerja sosial boleh menghubungi pihak masjid.

Bukan itu sahaja, Zakat.sg juga merasa kesan tempias lalu mengeluarkan status di Facebook memaklumkan bahawa wujud keterbatasan dalam dana zakat. Oleh itu, mereka haruslah memastikan dana zakat ini digunakan untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Mereka juga mengingatkan bahawa terdapat kriteria yang harus diikuti dan dipantau untuk dimanfaatkan mereka yang wajar menerimanya.

 

USTAZ TEMPATAN BERSUARA

Dengan ramai netizen yang masih tidak puas hati, Ustaz Zahid menyuarakan pendapat beliau melalui Instagram tentang perangai pihak yang menuntut bantuan tanpa memahami proses di sebaliknya. Kemudian, beliau mengongsi pendapat ini melalui Instagram Story:

Beliau kemudian mengundang pekerja sosial untuk kongsi pengalaman mereka menerusi Instagram Story, sebagai satu peluang untuk mengetahui cerita dari sudut yang berbeza. Beliau menggalakkan pekerja sosial untuk ke hadapan dan menjelaskan bahawa walaupun mereka menghadapi pelbagai cabaran, tujuan utama mereka adalah untuk membantu golongan yang memerlukan.

Hampir semua replies dari pekerja sosial adalah pengalaman negatif. Ada yang menyalahgunakan bantuan dari pekerja sosial:

 

Ada yang menuntut duit tanpa mempedulikan proses seperti memberi dokumen yang diperlukan:

 

 

Ada juga yang menggunakan kata-kata kesat dengan pekerja sosial yang berniat baik untuk membantu. Dalam tempoh masa satu hari, sesi Questions ini telah menerima lebih daripada 350 replies dan ada juga pekerja sosial yang memulakan hashtag #SosialWorkersHitBack.

Berikutan perkara ini, beberapa asatizah juga turut melibatkan diri dengan berkongsi pendapat melalui Instagram Story mereka. Antara asatizah yang terlibat adalah Ustaz Syazwan dan Ustaz Khairul Anwar. Mereka ingin membantu membuktikan bahawa bantuan memang diberikan dan proses harus diikuti untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya:

 

 

NASIHAT USTAZ

Setelah itu, Ustaz Zahid mengingatkan orang ramai untuk mendapat kepastian tentang pekerja sosial yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Kadang-kala cerita ini dibesar-besarkan tanpa bukti atau konteks yang sah:

 

Tin kosong nyaring bunyinya. Jika anda benar-benar ingin memperbaiki khidmat bantuan dan ingin memberi maklum balas membina, sila kongsi.

Kita sebagai masyarakat Melayu haruslah bertimbang rasa dan memahami bahawa ada proses tertentu yang harus diikuti untuk mendapatkan bantuan. Janganlah kita cepat menuding jari untuk menuduh dan menyalahkan pihak-pihak yang ingin membantu. Setiap pihak pasti ada cabaran tersendiri. Berikanlah mereka masa dan kerjasama supaya kita dapat membantu memudahkan urusan semua pihak terlibat.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments