Remaja genius menjadi pensyarah matematik termuda di Universiti Leicester

Sembang-sembang je

Pada usia 14 tahun, pastinya kebanyakan di antara kita masih di sekolah menengah, bertungkus-lumus belajar dan aktif dalam kegiatan ko-kurikular.

Bagi Yasha Asley pula, pada usia muda ini, dia telah pun menjadi seorang pensyarah tutorial di Universiti Leicester.

Dia merupakan salah seorang daripada kanak-kanak terbijak di Britain, yang diambil sebagai guru tutorial untuk mengajar orang dewasa dalam bidang matematik. Selain daripada kebolehannya untuk memahami dan menerangkan permasalahan matematik, Yasha juga adalah pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut. Dia adalah pelajar pertama di dunia yang mendapat gred A dalam matapelajaran matematik Peringkat A dengan mendapat 100 markah dan 99 markah dalam 2 kertas peperiksaan pada usia 8 tahun. Dia juga lulus dalam matapelajaran matematik dan statistik Peringkat A ketika berumur 9 dan 10 tahun. Memang tidak hairan lah kalau dia juga dikenali sebagai ‘manusia kalkulator’.

“Saya amat menyukai matematik kerana ia sains yang tepat. Ianya adalah satu-satunya sains yang anda boleh buktikan apa yang anda cakap itu betul. Ia juga sangat mudah dan subjek yang seronok untuk dipelajari,” kata Yasha Asley.

Bagi TehTarik, kami kagum melihat kejayaan Yasha walaupun berbadan kecil kalau dibandingkan dengan pensyarah-pensyarah lain di universiti itu. Kecil-kecil cili api!

Seperti Yasha, kita semua ada kelebihan dalam bidang-bidang masing. Jangan sesekali berhenti untuk mengejar impian kita dan kenali kekuatan serta kelemahan diri kita. Kalau ada peluang, ambil sahaja!

 

Sumber: iluminasi.com

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments