Remaja, 14 tahun, memerlukan bantuan untuk mengatasi Septecemia

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Seorang pengguna Facebook, Puan Lynn Soo Tze, telah mengongsi bersama TehTarik sebuah link dari GoGetFunding untuk membantu seorang remaja berusia 14 tahun, Syaqir. Usaha ini dimulakan oleh seorang wanita bernama Shida Baker.

Syaqir sedang menghidapi penyakit yang dikenali sebagai Septecemia, iaitu peracunan di dalam darah. Badannya kini sedang menahan empat macam ubat antibiotik yang diberi dan tidak lagi berkesan. Oleh itu, mereka ingin menghantar Syaqir ke seorang pakar di hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Pakar tersebut telah memberitahu mereka bahawa ada ubat alternatif tetapi harganya amat mahal dan jangkaan bil hospital boleh mencecah hingga ke $200,000. Walaupun Syaqir mempunyai insuran, ia hanya mampu membayar 70% dari bil sepenuhnya. Sekadar ini, mereka hanya dapat mengumpul USD$8,924 daripada USD$50,000 yang diperlukan.

 

Penyakit ini berlaku apabila bakteria yang berada daripada salah satu bahagian badan memasuki pengaliran darah. Ia amat merbahaya kerana bakteria dan toksin boleh merebak ke seluruh badan menerusi pengaliran darah. Disebabkan ini,  Septecemia merupakan sebuah penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Pada 18 April 2017, Puan Shida telah memberitahu orang ramai bahawa Syaqir sudah dialih ke hospital Mount Elizabeth di Novena dengan selamat selepas berada di wad Unit Jagaa Rapi (ICU) untuk lebih daripada seminggu di sebuah hospital awam. Gambar paru-paru X-Ray Syaqir juga telah menunjukkan berapa teruknya paru-paru Syaqir sudah dijangkiti bakteria. Namun sebegitu, pakar mereka tetap berfikiran positif.

TehTarik mengalu-alukan orang ramai untuk memberi sokongan dan bantuan untuk Syaqir dengan harapan agar masa depan Syaqir akan kembali cerah. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Lynn Soo Tze kerana mengongsi cerita ini.

Anda boleh membantu Syaqir menerusi link ini: https://goo.gl/ADn0Jb

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments