Ramalan 2018: Siapakah PM Baru Kita Nanti?

Hal Ehwal Teh-Kini

Awal tahun depan, satu rombakan kabinet dijangka akan berlaku yang mungkin jadikan 2018 tahun paling penting dalam sejarah politik Singapura. Kita mungkin dapat saksi petunjuk jelas tentang siapa yang akan ambil alih jawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong. PM Lee, 65 tahun, pernah katakan beliau tidak berhasrat untuk menjadi PM setelah menjangkau usia 70-an tahun. Beliau telah berkhidmat sebagai pemimpin negara sejak Ogos 2004.

Selama ini, PM Lee belum beri isyarat jelas mengenai penggantinya tetapi yang jelas, para pemimpin generasi baru harus segera belajar dan adakan waktu secukupnya untuk sedia bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Ini dijangka akan diadakan sebelum Januari 2021.

Bagi Encik Goh Chok Tong dan PM Lee, mereka menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri (DPM) sebelum ambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Ramalan 2018 ialah Perdana Menteri Singapura seterusnya akan dilantik sebagai DPM dalam rombakan kabinet akan datang. Ini akan dedahkan identiti pengganti PM Lee kepada orang ramai dan mempersiapkan calon itu untuk tanggungjawab besarnya.

Dalam rombakan akan datang, barisan kabinet baru juga dijangka akan tampilkan pemimpin generasi baru. Mereka ditugaskan untuk membawa negara ke tahap baru dalam masa sedekad akan datang. Menurut penganalisis, rombakan yang menjadi tumpuan ramai ini akan berlaku selepas kenyataan Belanjawan Negara disampaikan yang biasanya berlangsung pada bulan Februari atau Mac dan sebelum pertengahan tahun.

Di mata pemerhati politik, setelah pilihan raya 2011 dan 2015, senarai pengganti PM Lee hanya ada tiga calon: Menteri Kewangan Heng Swee Keat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing dan Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung.

Ketiga-tiga pemimpin ini sudah diberikan tugas dan tanggungjawab lebih besar, serta wadah untuk bentangkan perspektif mereka berhubung isu-isu penting bagi Singapura. Kita hanya mampu nantikan ketibaan 2018 dan perubahan yang akan berlaku.

 

Sumber: TODAY

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments