Rakyat Singapura Dalam Senarai Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Hal Ehwal Teh-Kini

Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2018 (The World’s 500 Most Influential Muslims 2018) mengiktirafkan tokoh-tokoh dalam 1.84 bilion orang Muslim sedunia yang ada kuasa untuk jalankan pembaharuan atau perubahan dengan kesan positif. Berikut ialah antara rakyat Singapura yang termasuk dalam senarai itu.

#1 Presiden Singapura – Halimah Yacob

Puan Halimah Yacob berada di tangga 45, kedudukan tertinggi yang pernah dicapai seseorang rakyat atau pemimpin Singapura sejak senarai itu dikeluarkan pada 2009. Apabila beliau angkat sumpah menjadi Presiden Singapura pada 14 September lalu, ia disifatkan sebagai peristiwa penting sedunia tahun ini. Beliau diiktirafkan sebagai seseorang dengan “titik permulaan yang sederhana” sebelum berbakti di luar dan dalam bidang politik.

 

 

#2 Mantan Negara Kanan – Zainul Abidin Rasheed

 Encik Zainal kini ialah Duta Singapura ke Kuwait dan Duta Khas Menteri Ehwal Luar Singapura ke Timur Tengah. Dalam senarai tersebut, beliau dikenali melalui tumpuan aktivitinya kepada hubungan diplomatik Singapura dengan rantau Timur Tengah dan mengongsi kepakaran Singapura dalam hubungan antara agama dengan negara-negara yang punya banyak penduduk Muslim.

 

 

#3 Imam Masjid Ba’Alwie – Habib Hassan Alattas

Beliau tersenarai dalam kategori Penceramah dan Bimbingan Spiritual dan dipuji atas sumbangannya sebagai tunggak kekuatan dan perpaduan dalam keharmonian antara agama di Singapura dan rantau Asia Tenggara.

 

 

#4 Anggota Lembaga Rayuan MUIS – Mohamed Faizal

Ditempatkan dalam kategori Filantrofi, Kebajikan dan Pembangunan, Encik Faizal pula diiktiraf sebagai pejuang inisiatif-inisiatif pendidikan yang menyasarkan para pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Beliau juga dicatatkan antara pakar dalam Lembaga Rayuan MUIS. Beliau memasuki kategori Filantrofi, Kebajikan dan Pembangunan.

 

 

#5 Penyelidik Terkemuka – Prof Jackie Ying

Prof Jackie Ying disenaraikan dalam kategori Sains dan Teknologi. Penyelidik terkemuka yang berpangkalan di Singapura ini juga disebut dalam senarai tersebut atas kejayaannya sebagai Pengarah Eksekutif, Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi.

 

 

Sumber: Berita Mediacorp

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments