Rakyat Melayu/Islam Tak Percaya Akan Berlaku Serangan Pengganas Di Singapura?

Hal Ehwal Teh-Kini

Lebih ramai orang bukan beragama Islam di Singapura percaya satu serangan pengganas akan berlaku di sini dalam tempoh dua tahun, berbanding orang Melayu/Islam kita sendiri. Antara 2,000 rakyat Singapura pelbagai kaum dan kepercayaan yang ditinjau Channel NewsAsia, hanya satu suku anggota masyarakat Melayu/Islam percaya akan berlaku serangan terrorisme di Singapura dalam tempoh terdekat.

 

Menurut tinjauan itu juga, 1 daripada setiap 4 orang Melayu/Islam terasa diri mereka menjadi sasaran apabila isu “berwaspada tentang pengganasan” dipersoalkan, sedangkan hanya 1 dalam 10 orang bukan Melayu/Islam rasa mereka disasarkan. Tetapi, apabila disoal tentang melakukan secukupnya untuk menentang serangan-serangan pengganas, lebih ramai orang Melayu/Islam, berbanding orang berbangsa lain, percaya kaum mereka tidak buat secukupnya.

 

Adakah ini bermakna orang Melayu/Islam Singapura dalam ‘penafian’ tentang risiko serangan pengganas atau mereka fikir ia tidak akan berlaku langsung di Singapura? Memang secara semula jadi, rakyat Singapura Melayu/Islam akan rasa diri mereka menjadi sasaran, memandangkan serangan-serangan berprofil tinggi serata dunia kebelakangan ini dikaitkan dengan individu-individu beragama Islam.

 

Kita harus tabah dan ubah fikiran masyarakat kita sendiri. Jangan lalai dan sentiasa ambil langkah untuk siap sedia. Serangan pengganasan ini boleh berlaku bila-bila tanpa amaran. Semua golongan masyarakat berbilang kaum harus berikan kepastian dan keyakinan antara satu sama lain supaya dapat kerjasama demi keamanan di Singapura.

 

Sumber: Berita Mediacorp dan CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments