Program Universiti Yale-NUS Mengajar Cara Membantah Undang-undang?

Hal Ehwal Teh-Kini

Baru-baru ini, Yale-NUS membuat keputusan untuk membatalkan sebuah program pelajar yang dirancang untuk dimulakan pada 29 September. Program dinamakan ‘Dissent And Resistance in Singapore’ bertujuan untuk mempertikaikan penentangan demokratik dari segi politikal, sosial dan etika. Berita pembatalan program ini mendapat perhatian ramai netizen online kerana struktur programnya yang agak kontroversial.

Antara aktiviti-aktiviti yang dibentangkan khas bagi program ini termasuk penayangan dokumentari seperti 1987: Untracing The Conspiracy dan Joshua: Teenager Vs Superpower, bengkel mereka papan tanda tentangan dan juga sebuah panel bersama penceramah terpilih.

 

Penanyangan doumentari: ‘1987: Untracing The Conspiracy’ (kiri) dan Joshua: Teenager Vs Superpower (kanan)

 

Program tersebut merupakan sebuah kolaborasi antara penulis drama tempatan Alfian Sa’at dan Encik Tan Yock Theng, Pengurus Program bagi Yale-NUS. Ia dikatakan mengandungi unsur yang bertentangan dengan undang-undang Singapura. Menurut The Octant, sebuah penerbitan di bawah naungan Yale-NUS, ini telah diluluskan pada bulan Jun.

Namun, menurut Presiden Kolej Yale-NUS Profesor Tan, struktur program yang dirancang tidak sejajar dengan objektif pembelajaran.

“Aktiviti yang dicadangkan mempunyai unsur-unsur yang menimbulkan risiko bagi para pelajar kerana ia melanggar undang-undang negara,” tambahnya lagi.

Alfian Sa’at pula memuatnaikkan status Facebook untuk menjelaskan pandangannya terhadap program itu. Menurut status itu, program yang dibatalkan tidak bertujuan untuk mengajar pelajar cara-cara untuk membantah. Malah, ia tidak berniat buruk, dan hanya untuk membuka minda pelajar kepada konsep bantahan.

 

 

Setelah pembatalan program ini dilaporkan melalui sumber rasmi, ramai netizen ke hadapan untuk mengongsi pendapat. Berikut adalah beberapa komen daripada pengguna Facebook:

Ada yang mempertikaikan proses penilaian Yale-NUS…

 

Ada yang sokong pembatalan itu…

 

Ada pula yang mempersoalkan tujuan program itu…

 

Walaubagaimanapun, TehTarik.sg serahkan kepada pihak berkuasa dan sekolah terlibat untuk buat penilaian sendiri. Kalau dibatalkan, mesti ada sebab-sebabnya. Ilmu boleh dicari dan dikongsi asalkan ia boleh dimanfaatkan para pelajar untuk masa depan mereka dan tidak mendatangkan risiko mereka terjejas dengan masalah undang-undang Singapura. Ilmu kan pembangun masyarakat, betul tak?
 

 

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments