Presiden Halimah Yacob Ingin Istana Lebih Terbuka Tetapi Apa Yang Diinginkan Rakyat?

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Ahad lalu (Okt 22), hampir 10,000 orang datang mengunjung rumah terbuka Istana. Istana dibuka kepada orang ramai demi perayaan Deepavali. Selain daripada rumah terbuka Istana yang dilakukan setiap tahun, Presiden Halimah Yacob juga berharap untuk keluarkan program-program baru di kawasan tersebut.

 

“Saya bertujuan buat begitu. Saya ingin lihat Istana ini menjadi lebih terbuka untuk rakyat biasa Singapura,” kata Puan Halimah, di rumah terbuka Istana pertama beliau sejak dilantik sebagai Presiden. Selain perayaan Deepavali, rumah terbuka seperti ini juga dilakukan pada perayaan tahun baru Cina, Hari Raya Puasa, Hari Buruh dan Hari Kebangsaan Singapura.

 

Tetapi bukan semua pengguna Facebook gembira dengan berita ini. Berikut adalah beberapa komen tentang isu rumah terbuka di Istana:

 

Ada yang bangga kerana Puan Halimah usaha untuk berdekat dengan masyarakat Singapura melalui Istana. Ada masih tidak puas hati dan ingin lihat usahanya yang lain.

 

TehTarik setuju dengan pandangan pengguna Facebook, Mohamad Romzee – Dengan satu acara itu sahaja, 10,000 orang datang sokong. Selama sebulan Puan Halimah jadi Presiden, beliau juga sudah lawat 12 organisasi kebajikan dan hadir 10 acara masyarakat. Kita tidak boleh senang-senang kata beliau tidak usaha.

 

Tetapi, memang benar mungkin ada cara lain untuk Puan Halimah dekati masyarakat lagi. Cuba buat lah pasar malam terbesar Singapura di Istana dan hasilnya didermakan ke President’s Challenge ke… Sesi dialog terbuka bersama Presiden supaya orang ramai boleh tujukan soalan-soalan hangat (dari asyik komen di Facebook sahaja kan…) dan salurkan secara langsung ke… Kalau ada cadangan, kongsi lah di lelaman Facebook Puan Halimah sendiri. Lebih afdal kan?

 

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments