Post Viral: Suri Rumah VS Keluar Kerja. Lelaki Tidak Bersuara?

Sembang-sembang je

Satu post Facebook yang viral semalam adalah tentang isu ibu suri rumah vs ibu kerja sepenuh masa. Post Facebook itu dikongsi 666 kali dan menerima lebih dari 700 ‘likes’.

Bekerja sepenuh masa ataupun jadi suri rumah, kedua-duanya mencabar. Orang biasanya faham, kalau ibu keluar bekerja tak ada masa jaga rumah. Tapi, orang selalu pandang yang suri rumah ni banyak sangat masa dan lebih rileks. Tugas jaga anak dan rumah bukan senang tapi ramai orang ingatkan senang.

 

Post ini mendapat banyak komen pujian kerana mendedahkan realiti tentang suri rumah. Nak kena masak, jaga anak, kemas rumah, cuci baju, lipat baju… Tetapi, semua yang komen semuanya wanita. Suara lelaki satu pun belum ada. TehTarik apa lagi, nak cakap sikit lah.

 

  1. Kalau bini suri rumah: Apa salahnya? Sekurang-kurangnya kalau kita sebok bekerja, ada juga orang di rumah tengokkan anak, bersihkan rumah, masakkan lauk asam pedas favorite ke… Sebagai suami, tolong lah apa yang mampu. Nampak sah kenyataan Facebook viral tu dah kata, suri rumah ni banyak kerja. Jadi jangan sangkakan suami yang bekerja sahaja yang penat. Dia pun penat. Sama-sama kerja keras, sama-sama ambil masa rehat.

 

  1. Kalau bini keluar kerja: Keluar kerja cari rezeki untuk hidup seharian sekeluarga kan bagus. Kalau dia dah sibuk kerja, lepas balik sambung lagi buat kerja rumah, tu Superwoman tu namanya. Sebagai suami, boleh lah rancang duit belanja bersama dan saling membantu untuk jaga rumah. Takkan cuci pinggan atau sapu rumah pun tak tahu kan? Kalau dua-dua kerja, jangan lupa pula anak dekat rumah atau ibu bapa masing-masing yang tinggal serumah!

 

  1. Kalau suami pula duduk jaga rumah: Susah nak dengar ada suami yang jadi suri rumah kan? Tapi kalau ini satu pilihan si suami, cuba lah. Boleh rasa juga perasaan semua wanita yang komen-komen tu.

 

Apa-apa pun pilihan kerjaya isteri ataupun suami, kesemuanya tinggal di dalam rumah yang sama. Hargailah pasangan anda dan ambil berat lah tentang dia. Kepada yang bekerja keras demi keluarga, tak kisah lah suri rumah atau kerja sepenuh masa, teruskan dan semoga sentiasa bahagia!

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments