Post Viral: Rider Malaysia Boleh Kerja Di Singapura Tanpa Lesen?

Sembang-sembang je

Pengguna Facebook Prakash Jai muatnaikkan gambar motor ini selepas mengenali seorang rider Deliveroo beberapa hari yang lalu.

Menurut post Prakash Jai, disebabkan dia pekerja ‘freelance’, pemerintah Singapura tak boleh periksa status pekerjaan mereka. Dia percaya mereka yang bekerja ‘freelance’ seperti ini, masuk Singapura dengan setem lawatan sosial tempoh 30 hari sahaja.

Apa yang merisaukan Prakash adalah… rider itu beritahu Prakash yang dia “tidak mempunyai lesen memandu dari Malaysia ataupun Singapura” dan ada lagi “beratus atau beribu seperti dia yang ride motor Malaysia tanpa lesen memandu atau insurans”.

 

 

Prakash percaya yang inilah sebabnya orang Singapura tak boleh dapat kerja penghantaran.

Ini lah antara reaksi orang ramai di Facebook:

 

Apa nak jadi ni Singapura? TehTarik pun nak lepaskan steam.

    1. Semua salahkan pemerintah, adui. Kenapa syarikat penghantaran tak periksa lesennya dulu? Tak perlu pemerintah nak periksa tapi syarikat yang ambil pekerja itu harus bertanggungjawab. Lagi pun ini menjejaskan keselamatan semua pengguna jalan raya!
    2. Memang betul lah kalau orang Malaysia kerja Singapura, gaji mereka nanti berlipat ganda bila tukar ke wang ringgit…. Tapi kalau nak kecam orang Malaysia yang kerja di Singapura, berpada-pada lah geng. Ini bukan fenomena baru pun. Memang susah cari kerja di Singapura tapi kita pun kena usaha dan sabar. Rezeki tak ke mana. Ada antara orang kita juga yang pergi cari kerja kat negara lain. Tak bunyi pun?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments